Ahad, 24 Jun 2018

My Aidilfitri 2018

Assalamualaikum..

SELAMAT HARI RAYA!!


 Harap masih sempat lagi seorang cuna nak ucap selamat hari raya untuk semua. Dah hari kesepuluh dah. Amacam, dah buat ganti dengan puasa 6? Hehehehe.. mesti tak lagi kan. Macam cuna, tengok lah kalau berkesempatan boleh dah nak start ganti puasa next month. Maklom lah bila insyirah dah makin besaq ni, dia makan apa yang kita makan. Tak kalot. Masak sekali ja dengan makanan kita.


Raya mana tahun ni ? Cuna tahun ni raya Taiping dengan Kuala Kangsar ja. Raya dekat dekat. Tak boleh nak cuti raya lama lama. Management tak kasi. Siap pesan lagi 'this year u dah ambik cuti banyak, next year ingat ya. Tak boleh cuti lama lama. Nanti kerja u tak jalan.' Hemhh.. redha ja lah. Yelah yelah.. so dengan itu seorang cuna dah start kerja 20haribulan yang hari tu. Maka berhuhu huhu lah semua. Cuib pulak 19haribulan  hari tu.  Tahun ni insyirah beraya dengan chicken pock yang kecik tu. Yang penuh macam ruam tu. Alahaiii.. punya susah hati lah, sebab tak pernah kena. Dok ingatkan ruam ka apa ka. Last last pengasuh lata tu chicken pock. Hari last tu pengasuh macam tak mau ambik, sebab time tu dah naik penuh satu badan. Haaaa.. pujuk jugak akak tu sebab sapa nak jaga. Akak tu ambik jugak. Petang rabu tu cuib ambik awai lah insyirah bawak pi klinik.

Raya kalini tak beraya jauh sangat pun. Raya dekat dekat ja. Paling jauh tu Kuala Kangsar ja. Paling dekat Kampung masjid sebelah Kampung Ulu Pantai Besar. Okay lah. Tak banyak sangat cerita nak kongsi ni. Gambaq pun tak banyak nak kongsi. Kita kongsi apa yang ada ja nahh.. nanti ada masa cuna update lagi. SELAMAT HARI RAYA UNTUK SEMUA. MAAF ZAHIR DAN BATIN.



Tiada ulasan: