Selasa, 12 Jun 2018

Entry lewat malam

After almost a month cuna tak hapdet blog. So hari ni cuna nak hapdet lah.. ehh.. hehehehe.. hai semua.. hope all of you were fine in a pink of health. So macam mana puasa ? Full tak? Haaa.. tak puasa penuh tak boleh raya nahhh.. tapi kan selalunya orang yang tak puasa penuh ni yanh kalot nak raya, betui dak ?? Jangan tinggal puasa okay. Ada berapa hari ja lagi nak sambut hari raya dah. Hari kemenangan bagi umat islam yang berpuasa penuh dan mencari redha Allah. Insya Allah. Moga hampa berkesempatan berjumpa dengan malam-Nya. Malam Lailatulqadar. InsyaAllah.. doa doakan untuk cuna jugak. Huhuhu..

Tahun ni puasa pertama cuna dengan insyirah. Dia punya letih tu lebih kurang ja macam hari hari biasa. Cuma dugaan besar tu bila siapkan makanan insyirah time weekend. Rasa macam nak tumoang sekaki. Moi kosong letak ayam, kentang dengan carrot tu tiba tiba rasa sedap. Mukoq tak kecoq ayaq lioq lagi.. kalau dak naya ja.. kena tumpang sekaki.. hahahaha.. tu insyirah kecik lagi. Makan tak macam kita hat besaq ni makan. Makan moi saja. Tunggu lah tahun depan dan tahun tahun selepasnya. InsyaAllah.. memang mengundang. Hahahhaa...  apa lah cuna ni, dan jadi bonda pun perangai macam budak budak. Takkan lah tak boleh tahan nafsu makan. Dengan budak kecik ja kot.. kan.. hek ellehhhhh...

Insyirah sekarang ni makin nakal, barang atas meja habis semua dia nak tolak bagi jatuh. Kalau tak jatuh atas kaki dia, dia tolak barang yang lain. Kalau jatuh atas kaki dia, manangis merengek sakit. Allah... perangai dia mengalahkan budak 3-4 tahun nakal dia. Lega baru sorang anak. Tu lah dulu dok berangan nak kembaq. Ni hahhh ambik! Seorang tapi kelakunya macam ada 3-4 orang yang buat sepah.. kadang kadang kita dok membebel suruh pi main dekat ruang tamu, jangan main kat dapoq. Otw jalan tu tangan dia still lagi sempat nak menggapai barang tu bawak p depan.. ishh.. ishhh.. laju tangan tu.. ikut perangai sapa lah anak oii.. ka ni sebab abah hang dulu teringin baby boy tengok tengok keluaq baby girl. 🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️

Apa apa pun.. syukur sangat sebab masih diberi peluang oleh-Nya bertemu dengan ramadhan tahun ni. Dan berharap dapat lah bertemu syawal dan seterusnya ramadhan semula.. Dikesempatan ini cuna ingin memohon ampun dan maaf andai tersalah bicara atau terguri perasaan sapa sapa sepanjang cuna berblog ni. Mintak halalkan ilmu dan pengalaman yang dikongsi bersama. SELAMAT MENIKMATI RAMADHAN YANG MAKIN KE PENGHUJUNGNYA. SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI JUGAK BUAT SEMUA. Ikhlas dari seorang CUNA.

Tiada ulasan: