Khamis, 26 April 2018

Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018

Hai semua, hari ni dok jalan jalan dekat blog cuna ternampak Segment Blogwalking Ramadan-Raya 2018. Disebabkan dah lama tak join segmen segmen macam ni, so kali ni cuna nak join jugak lah abg Hasrul Hassan ni punya segmen. step dia korang boleh follow dekat bawah okay. Have Fun!



Cara Sertai Segmen Blogwalking Ramadan-Raya 2018

Syaratnya mudah sahaja.
  1. Mestilah blogger Malaysia dan ada blog yang aktif.
  2. Tulis sebuah post berkaitan segmen ini.
  3. Gunakan banner segmen ini dan muatkan dalam post tersebut.
  4. Senaraikan lima aktiviti yang akan anda lakukan dalam bulan Ramadan (macam kira azam la) dalam post tersebut. Kalau boleh aktiviti ini mesti sesuatu yang boleh jadikan anda lebih baik dari Ramadan sebelum ini. Contohnya: Saya akan sholat berjemaah terawih selama 20 malam pertama tanpa tinggal atau Saya akan cuba banyakkan sedekah awal pagi sepanjang Ramadan.
  5. Pastikan ada satu link yang menuju ke blog ini atau blog post ini.
  6. Dah siap, tinggalkan URL post segmen tersebut ke ruangan komen di bawah.
macam biasa lah, setiap kali Ramadhan mesti lah ada azam kan. disebabkan Ramadhan tahun lepas cuna dalam pantang. so, cuna tak berkesempatan nak puasa penuh. so kalini cuna nak simpan azam untuk:-

1. mesti pastikan solat penuh! tak tinggal.. tak melambat lambatkan..
2. balik kerja awal untuk siapkan juadah berbuka untuk family. sebab antara kerja dan keluarga, keluarga datang dulu kan.
3. kalau ada kesempatan nak solat berjemaah maghrib dan isyak bersama keluarga.
4. berusaha untuk banyakkan amal ibadah waktu Ramadhan nanti. Kalau boleh nak baca sehari sehelai muka surat Alquran.
5. jika diberi keizinan, nak p solat terawikh sepanjang bulan Ramadhan nanti.

haaaa.. kalau korang nak join, korang boleh klik banner tu. Selamat Mencuba!.

1 ulasan:

farhanna jafri berkata...

singgah dari segmen yang sama & follow sini. Semoga tercapai azam ramadhan ni ye :D