kengkawan

Jumaat, 7 Julai 2017

My Hari Raya

assalamualaikum..

apa khabar semua? Selamat Hari Raya di ucapkan untuk semua umat islam diseluruh dia. Puasa tahun ni tak macam puasa tahun sebelum sebelum ni. raya tahun ni bertiga. padahal tahun lepas baru ja raya solo bersama family tercinta. tapi sedih sikit lah. berpantang dalam bulan ramadhan. full sebulan tak puasa. sebab darah nifas turun sebulan dibulan puasa. tapi tak apa lah, rezeki. Allah masih memberi seorang husna peluang untuk menghirup oxygen di bumi nya dan menikmati perasaan menjadi seorang isteri kepada suami tercinta dan seorang bonda kepada anak yang comel dan makin gemok tu.

tahun beraya jauh sampai ke pahang dan terengganu. jauh perjalanan raya kami 3 beranak tahun ni.. dari bukit beruntung rawang ke kuantan pahang. petang raya pertama ke kuala terengganu pulak. raya ke 3 dalam kereta saja.. dari terengganu ke baling redah kelantan. jem dari machang ke jalan kebun bunga makan masa hampir separuh hari. sabar je lah. lepas ke baling singgah di rumah mama sekejap, bermalam dan bagi peluang mama tengok cucu. mana taknya.. habis pantang terus beraya kau nyahh.. siap pusing hampir separuh malaysia.

*abaikan muka seorang husna yang pucat tu. me and my husband family.                                                                  

raya ke empat ke gerik lepas tu balik kampung papa dekat ulu pantai besar. esok nya balik rumah sendiri. sehat sehari.. lusa tu p balik rumah mama.. beraya dengan mama pulak. jauh perjalanan. tapi solo takda lah pulak jalan jauh habiskan masa dalam kereta seharian. tapi serius, memang sakit pinggang gila. mana taknya kita baru habis pantang, sakit pinggang tak habis lagi. bertambah tambah sakit lah pinggang ni bila kena hadap perjalanan sehari suntuk dengan duduk dalam kereta.

sekeping dua ja gambaq raya kali ni.. tak semangat nak selfie, tiap kali nak selfie dengan baby. dia dok kerja tidoq ja. tak pun dah ada orang kidnap dia dari bonda dan abah dia. alahaii.. okay lah okay lah.. sekian cerita.


sekian. selamat hari raya..!!

Tiada ulasan: