kengkawan

Ahad, 4 Jun 2017

Wordless on Sunday

Day 9 of Ramadhan al-Mubarak.

Assalamualaikum..

Apa khabar semua.. hope semuanya sihat sihat belaka.. its Ramadhan now.. kejap ja masa berlalu.. dah ramadhan yang ke-9 dah hari ni. Pejam celik pejam celik.. dah 9 hari berpuasa. Tak lama dah nak raya. Macam tak percaya, masa berlalu dengan begitu pantas. Allah masih lagi memberi kesempatan pada hamba hina ni untuk bertemu ramadhan nya dan berharap dapat lah juga diberi peluang bertemu dengan penghujung ramadhan ini.. Dan masih berharap dapat lagi dipanjangkan umur bertemu ramadhan seterusnya..

Tahun ni Alhamdulillah, dapat menyambut ramadhan bertiga. Rasa macam cepat sangat masa berlalu. Baru ramadhan yang lepas sambut dengan kawan kawan. Enjoy sini sana, pergi bercuti, hiking, jalan jalan buang masa sini dan sana, pergi menggemukkan diri dekat majlis kawin kawan kawan. Tak sangka, tahun ni terus bertiga. Begitu cepat rezeki yanvmg Allah bagi. Alhamdulillah. Bertuahnya lah kita ni masih daoat menikmati nikmat dari-Nya. Alhamdulillah.

Ramadhan ke-9 bersamaan dengan pantang yang ke-34 hari. Hari hari seorang cuna masih lagi dimanjakan oleh ibu dan abah mertua. Dilayan macam anak sendiri. Walaupun seorang cuna ni kurang bercakap, tapi kemesraan itu ada bila semua duduk bersama dekat ruang tamu. Seronok bila mana tengok ūibu dan abah serta adik-adik boleh terima kehadiran kita walau tak banyak bicara. Sejak bila seorang cuna menjadi pasif ni pun tak tau lah. Biasanya seorang cuna petah bercakap. Petah meriuhkan keadaan. Mungkin sebab faktor umur barangkali. Hemhh. Confiused sat. -.-

Sejak dah ada anak ni. Apa-apa sikit anak dulu. Maklom lah, dah jadi bonda kan. So, perangai ada lah sikit macam mak-mak. Sikit??! Rasanya banyak sikit kot. Huhuhu. Pantang anak menangis. "Ehh sakit perut ka dia ni" "anak nak susu" "luka ka dia?!" "Kenapa ni? Sapa buat dia menangis?" Haaa.. tu diantara dialog yang dok ada dalam kepala otak seorang cuna. Bangun pagi tengok anak dekat sebelah. Nak tidoq nampak anak dekat sebelah. Semuanya anak. Nak bersembang pun dengan anak dah sekarang ni. Suami jauh diperantauan. Mampu call dan whatsapp ja hari-hari. Rindu lah katakan. Tu ja lah kot buat masa ni. Cuna nak kena p tengok anak sat. Dok menguik sini sana dah tu. Tunggu nk jeluaq vocal jacklyn victor ja tu. Haaa.. nanti cuna sambung lain. Sekian cerita. Assalamualaikum.




posted from Bloggeroid

Tiada ulasan: