kengkawan

Jumaat, 5 Mei 2017

5hari 4malam

Assalamualaikum semua.. apa khabar?? Semoga anda semua sihat lah hendaknya.. dah lama kan tak berborak borak kat sini.. sebenarnya pagi tadi dah type dah entry ni separuh.. lepas tu disebabkan lupa nak save, tertekan out terus.. apakan daya.. kena type semua dari mula.. so lain sikit lah dari sebelum ni punya ayat.. yang menyebabkan ralat tu sebab.. dah habis type.. tinggal nak upload gambaq ja.. sabor jelerr kome.. hahaha.. nevermind.. so entry kali ni sebelum tekan back or buat apa apa nak kena tekan save . Kalau tak, bila hilang susah nak cari. Maklomlah.. kita type entry dekat phone ja.. bukan pakai kompiter.. so dia macam terhad sikit. Tak apa tak apa. Lepas ni kita type guna word dulu.. then baru paste dekat sini..


Actually sepanjang mengandung ni.. life jadi semakin busy.. kadang tu balik kerja pukul 10 malam. Nak bersosial pun tak sempat. Nak balas mesej kawan kawan pun tak lalu dah bila penat sangat. Maaf lah ye.. nak habiskan sisa sisa kerja yang berbaki baki.. tak tau lah bila boleh nak habis. Meja opis tu tak payah tanya.. kena tunggu maid mai hari selasa baru sempat kemas. Hahaha.. tu pun sebab maid yang kemas. OMG!!


"Kenapa 5hari 4 malam?? P bercuti ka cik senah oii?" Dak aihh.. bercuti apa nya kerja kat opis banyak.. lepas tu dok tak larat dah.. nak bercuti kemana lagi cik yahh oiii.. mengadap kerja lah.. hahaha.. sebenarnya kena tahan wad.. mula nya p klinik swasta ja.. sebab nak mintak dokter cek.. kenapa baby dalam perut macam kurang bergerak.. then dokter kata "saya takmau ambik risiko. Kalau kamu rasa baby kurang bergerak, kamu kena p hospital terus. Haaa.. sebab saya tak ada alat untuk scan tekanan jantung baby" i is sad sangat time tu... sebab dok berangan dokter akan kata.. "itu normal, sebab baby makin besaq" then then baru berangan nak dokter scan perut sebab nak jugak tau.. baby yang dikendong kemana saja dalam perut ni.. lelaki ka perempuan..


Xdapat le nokk.. last last p hospital seberang jaya. Lepas buat CTG.. dokter kata okay.. tengok tengok kena tahan.. dokter kata "even okay.. ibu tetap kena tahan sebab ibu risau. Kita akan pantau pergerakan baby sehari.." kita pun sedih la sikit. Tapi disebabkan nak pantau baby. Kita ikut kan aja.. redha ja lah kena tahan.. kena cucuk.. hemhhh.. sabor je lahh.. esoknya bg tau dokter.. "baby saya bergerak cukup 10x. Saya boleh balik dah ka?" Dokter kata "ibu xboleh balik lagi. Kita takut jadi lain pulak dekat rumah nanti. Dekat hospital memanglah kita scan jantung baby semua okay. Tapi kita tak tau keadaan kat dalam tu. Ibu boleh panggil suami. Kita nak mintak tandatangan untuk induce..(masuk ubat)" hemhhh.. time tu nak sebak.. tapi, gagah jugak. Senyap ja.. call encik suami.. dia datang.. lepas dengar explaination dari dokter pakar. Dia pun pertimbangkan banyak benda.. last last dia kata "haa.. macam mana. Dah nak jadi mak ni. Kena buat keputusan.." kita mampu angguk lemah ja.. lepas sign.. dan dokter pun p.. meleleh leleh lah air mata ni.. berjurai jurai.. encik suami sabar ja memujuk..


Isnin masuk ubat.. sekali pagi.. sekali petang.. lepas tu.. tengah malam tu.. beranak dah.. dokter kata cepatnya.. selalunga lambat.. *nampak sangat baby memang nak keluar dah. Xmau dok sampai 9bulan..* selasa tu macam biasa stay untuk pemantauan.. lepas tu rabu tengahari keluar dah.. Alhamdulillah.. percutian 5hari 4malam di hospital seberang jaya.. banyak suka duka.. Bersyukur sangat sangat.. walaupun keadaan time mengandung tak ada lah mewah mana.. tapi dapat melahirkan seorang bayi perempuan yang sempurna fizikal dan mental.. semoga menjadi anak yang solehah buat bonda dan ayah ya sayang..





Nanti kita update lagi.. assalamualaikum..

posted from Bloggeroid

Tiada ulasan: