kengkawan

Khamis, 12 Januari 2017

"even broken, but it still okay"

assalamualaikum... hai semua, selamat petang..

disebabkan hari ni ambik cuti untuk sehari, dan terasa macam buang masa duduk kat rumah tak buat apa. cuma dok update kerja ja dekat whatsapp. kalau kerja yang kita boleh nak call untuk follow up okay lah. kalau kerja yang melibatkan autocad, terpaksa lah remain officemate yang outstation tu. bagi tau kata kita ni on leave hari ni. then mula lah keluar ayat, 'sorry, i donno u was on leave. when u enter office?' , 'why u dont update on design group that u was on leave?' , n bla..bla..bla.. bila kerja kita ni drafter cum senior designer.. nak mengelat apa pun tak boleh. kadang-kadang tu berharap kenapa lah tak jadi drafter saja. kan ka senang kerja ikut arahan orang ja. tak kalot nak fikir panjang dan termenung berhari-hari terkenangkan macam mana nak selesaikan masalah ni. tapi bila dikenangkan balik, dapat jadi senior designer ni kira rezeki tau. mana ada orang yang ada diploma tapi dapat jadi designer? senior designer lagi. paling busuk pun orang nak ada degree.. oleh yang demikian, ambik peluang yang ada. belajar betul-betul. orang tua-tua selalu kata, tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu,

hari ni ambik cuti, ikut mama pergi court. tengok perbicaraan mama dengan papa.. dalam masa nak tunggu giliran tu, ada banyak pasangan yang kesudahannya 'aku ceraikan akan dikau dengan talak 1'. ia dilafazkan dengan tenang, tanpa ada banyak masalah. sayu ja hati sepanjang perbicaraan tu berlangsung. ada yang terlafaz cerai waktu subuh. tak sengaja tapi dalam sedar dan waras. Masya Allah. takut nya kita yang melihat dan mendengar. dulu selalu baca ja cerita-cerita pasal kes cerai ni. kalini benda tu dekat depan mata. dalam masa sejam, ada 5 hingga 6 pasangan bercerai setiap hari. ya Allah, seram bila teringatkan kejadian macam tu. inikan pula benda yang tengah dialami oleh mama dengan papa.

siapalah yang tak sayang mama dengan papa masing-masing. tapi kalau itu jalan yang terbaik buat mereka. kita ikut saja lah apa yang mereka mahukan. kadang-kadang hidup dekat dunia ni tak selalunya akan bertuah, perbicaraan untuk mama dengan papa ditangguhkan lagi.. aku dan adik-adik yang lain hanya mampu mendoak yang terbaik buat papa dan mama. hari ni dapat lah jumpa papa. dah gemok dah papa tu. balik duduk kat kampong dengan tok (mak papa). senang hati tengok papa dah gemok. kalau tidak kurus ja, tak terurus bila duduk dengan kawan-kawan. aku doakan papa akan sentiasa sihat dan berada disamping keluarga tercinta. dok plan nak balik ulu pantai besar (kampong papa) tak tau bila lagi. ye lah, dulu bujang, senang lah. panjang ja langkahnya. sekarang ni, dah berlaki. dah nak jadi bunda-to-be dah.. nak pergi mana pun kena berteman, nak kena orang bawak. tak boleh nak panjang kaki sangat. duduk ja rumah baik-baik.encik suami, mama dengan adik-adik lah jadi kakinya. mana nak pergi, mereka yang bawak. huhuhu..

'even it broken, but it still okay' . keluarga... bak kata orang air yang dicincang tak akan putus. walaupun keluarga kita tak macam orang lain. tapi kami bahagia dengan cara kehidupan dan rezeki yang Allah dah tetapkan untuk kami. Insyaallah.. hingga ke Jannah semuanya.. Amin..

okay, stop pasal tu, sebenarnya tengah survey benda apa yang sesuai diberi hadia untuk perempuan. dok google, instagram, facebook, dan stalk. still tak dapat. maklomlah.. jarang dapat hadiah ni. sepanjang menjadi remaja dan dewasa ni ada lah beberapa kali ja dapat hadiah.. rantai (dari suami, time belajar dulu), wallet nike (crushed), big teady bear (crush), dan bantal kecik (kakros yang comel). tu ja yang biasa dapat. hahaha.. nak diberi kat adik ipar, tapi tak tahu nak belikan apa.. jenuh mencari. tak tahu apa yang dia suka. dia just cakap apa-apa janji hadiah. alahai adik oiii, kakak hang ni tak reti lah benda-benda macam ni. hemhhh.. dah la kita ni bercakap pun jarang (kak ipaq dia ni pendiam nak mampoihh) inikan pulak nak tanya apa yang dia suka. huhhh.. tak pa lah.. nak kena meneruskan misi mencari hadiah yang sesuai buat dia.

tak sangka pulak birthday kita bulan yang sama. alang 11/1 dan kita ni 25/1 . dalam dok bayangkan konon-konon encik suami nak buat surprise kek (berangan ja), misi dok pesan dah. kawal makan. jangan dok makan malam kerap sangat. dalam masa sebulan bunda-to-be ni naik sampai 5kg. dari 51kg ke 56kg. nak kena pergi klinik minum air gula lah nampaknya. next week pulak tarikhnya. seram sangat aihh.. dah kena start banyakkan minum air masak dah ni. atotototo.. tapi malangnya, dok tak berenti makan lagi sekarang ni. makan setiap masa. hahahaha.. yang pelik tu, badan xnaik pun. pelik bila misi kata berat naik. confiused sat. okay lah-okay lah. tu saja coretan untuk hari ni. nanti kita update lain nahh..

belanja gambaq kawin sekeping.. hehehe.. 😁😁😁😁😁😁😁

assalamualaikum...

Tiada ulasan: