kengkawan

Jumaat, 23 Disember 2016

#2 tanpa motif

Assalamualaikum..

hai semua... kali ni update entry tengah-tengah malam.. maklomlah, sejak jadi bunda-to-be ni.. kerap pulak bangun tengah-tengah malam.. cari makan lah, cari toilet lah kadang-kadang tu terjaga tak tahu sebab apa, tak boleh tidur dah..

so, sama lah macam hari ni... terjaga tengah-tengah malam sebab betis ni rasa macam baru lepas workout.. tarik urat maybe. sejuk sangat mungkin.. mana tak sejuknya, orang kalau pakai selimut, dia akan selimut badan dan kaki.. tapi kita ni pulak kalau pakai selimut, selimut tang perut ja.. hahaha.. dari kecik lagi macam tu.. mungkin sebab nak lindung lemak2 dekat perut ni dari membeku dan mengelakkan proses penegangan kat perut.. hahaha.. so, sapulah minyak panas kat betis supaya hilang sakit tu..

apa lah cuna merepek malam-malam ni.. maaf lah, sementara nak tunggu air masak dan buat air nescafe. tadi awal-awal dah call cuib mintak belikan air kotak milo or chocolate.. tapi cuib tu xtau lagi balik bila. dah dua malam dia keluar.. semalam sebab ada accident dekat highway.. gagah jugak dia bangun tengah-tengah malam sambil terkebil-kebil mata sepet tu.. bersiap nak kena attend eccident dekat highway.. itu lah rutin dia kalau kena on call.. kalau eccident kecik-kecik, boleh lah nak sambung tido. kalau yang emergency teruk macam semalam, keseorangan lah tanpa bantal peluk keras kat rumah.. ehhh, kenapa bantal peluk keras?? sebab cuib tu kuruihhh.. dia tak mau gemok, takut hilang kacak katanya.. 😂😂😂 malam ni pulak nak kena supervise orang buat kerja atas highway.. dari pukul 9.30mlm dia keluaq, sampai la nak dekat 2:30pg dia tak balik-balik lagi..

tiba-tiba teringat, semalam bersembang dengan cuib. saja bertanya kalau-kalau lepas beranak nanti dah tak cantik, gemok, dan nampak macam tak sepadan dengan dia. maklom lah berat tak pernah lebih dari 45kg, tapi sejak mengandong ni berat iolss naik sampai 51kg awal bulan hari tu.. lepas tu dia kata, kena cantik jugak lah, sebab dia suka kalau bini dia cantik. so,makna kata tak ada excuse lah ni.. hohoho.. baru berangan nak gemok sikit.. bila dah macam ni.. kena bagi bawah 45kg balik lah bang nonnnn.. 😪😪

dah tu pulak dia petikai time belajaq dulu tak pakai krim muka, pelembap or alat-alat kecantikan.. tapi kenapa kulit gelap.. sekarang still lagi sama tak tempek apa-apa dan pakai apa-apa dekat muka ni tapi cerah.. haaa.. dari dulu lagi dah habaq dekat si cuib ni.. sebab kena matahari.. kulit bini dia ni senang makan hari.. buat masa la inspection or aktiviti-aktiviti yang menyebabkan seorang husna kena turun site tak ada.. so, cerah lah kulit ni.. tunggu lah inspection dah start nanti.. dia mungkin tak kenal bini dia yang mana satu dah.. hahaha.. 🙈🙈

dah la, air dah masak.. nak buat air, makan dan kembali tidur.. terima kasih sebab setia baca celoteh cuna yang terjaga tengah-tengah malam ni... selamat malam..

Tiada ulasan: