kengkawan

Selasa, 6 September 2016

Penilaian Manusia

Assalamualikum.. hai, apa khabar semua. actually, tak tahu nak tulis apa sebenarnya. tapi bila difikirkan, dah lama sangat tak update. makna kata kena update jugak something sebagai perkongsian. At least, ada sesuatu yang boleh dikongsi dan menjadi ikhtibar.


'Malaysia masih aman' seperti yang selalu orang perkatakan. bagi Cuna, Malaysia aman pada sesetengah tempat, sesetengah waktu dan bagi sesetengah perkara saja lah. Kalau baca berita tentang Malaysia, ada ja kes bunuh, colek, rompak, rogol,kpursi dan etc.. Banyak kalau nak senarai kes kes berat yang sering menjadi isu dekat Malaysia ni. So, kita kecil kan scope cerita kita hari ni. 'Kebebasam bersuara'. Cuna tak ada lah pandai sangat pun bila nak bercerita bab ni, tapi Cuna rasa kita boleh lah kalau berkongsi cerita. Tapi, 'Kebebasan bersuara' ni pun banyak kalau nak diperkata kan. Kita kecilkan lagi kepada 'Penilaian Manusia'. apa lah Cuna ni, dok kecilkan-kecilkan scope cerita ja. kalau tak tahu cerita jangan cerita.


Kenapa mesti 'Penilaian Manusia'?

yang tu ada kaitan ka dengan 'Kebebasan bersuara'?


ada! ada kaitannya. Disebabkan kebebasan bersuara, manusia tak takut untuk menilai manusia manusia lain yang mereka sendiri tak berapa kenal. Mereka tidak pernah berjumpa, tapi cukup sekadar melihat gambar-gambar dekat Instagram, bebelan dekat Twitter, cerita cerita yang dikongsi dihalam Facebook, detik detik bersejarah yang dia pernah muat naik dekat blog dan malahan jugak video video yang sekarang ni mudah dimainkan menerusi pelbagai aplikasi bukan sahaja di Youtube.


Cerita hari ini tak payah kaitkan orang lain okay, kita cerita pasal diri Cuna sahaja. Cuna ni seorang gadis yang masih belajar tentang ilmu agama. Masih tercari cari mana intan mana permata. Cuna ni tak ada lah sempurna. Cuna pernah jadi anak gadis yang nakal, yang tak reti duduk diam, yang tak boleh ditegur kalau buat kesalan, dan gemar melawan(tak dengar kata). biasalah manusia, mesti ada cerita silam dia. Even Cuna ni seorang yang pendiam, tak bergaul banyak, tapi cuna tahu kalau ada orang mengata Cuna, biasalah.. kita ni kalau orang tak suka kita, kita boleh rasa orang tak senang bila kita ada dekat dengan mereka. Manusia.

Okay, baru baru ni Malaysia digemparkan dengan kisah pelopor muda kembali kepada kebiasaan asal(pondan), semua tu dikatakan kerana penat menjadi baik. Kerana iman yang rapuh dan tiada keyakinan pada diri sendiri dan Allah, dia akhirnya kalah pada bisanya lidah manusia. kalah kepada "Penilaian Manusia' BUTA. Entah lah, sebab Cuna pun masih belajar, masih merangkak mencari kawan yang sudi membantu dan menegur Cuna kearah kebaikan. Mungkin sebab tu Cuna tak takut kalau kawan kawan Cuna yang ada sekarang ni kurang bergaul dengan Cuna. Sebab penilaian manusia tu ada masanya terlalu melampau.

Berbekalkan kekuatan yang besar habuk, Cuna gigih jugak untuk cuba tetap dengan pendirian Cuna. Cuna nak jadi budak baik. Gadis yang baik macam gadis-gadis yang lain. Walaupun cuna selalu down sebab kadang kadang sebab mulut manusia.

'Jangan kawan dengan dia. Dia bukan perempuan yang baik!'
'Kamu jadi macam ni sebab perempuan tu lah kan?'
'Hipokritnya ko, dah lah pakai tudung pun tak reti'
'aku tak nak kawan dengan ko, sebab ko tu perempuan jahat'
'aku harap dan selalu berdoa kat Allah, supaya dijauhkan daripada perempuan2 yang naif dan kurang didikan agama'
'Buat apa pakai tudung husna, kalau senteng lengan baju. nak tayang bulu tangan tu ka?'

Cuna selalu down bila dengar kata-kata macam tu. Hati perempaun, mudah terusik. Tak pernah bercakap dengan Cuna, tak pernah pun tanya apa yang cuna suka atau tak. tapi dah boleh menilai Cuna ni seorang perempuan yang tak baik. Hanya tengok dari jauh, tak datang pun tanya kenapa Cuna buat macam ni? kenapa Cuna tak buat macam ni? Kenapa? Kenapa? kenapa? .. Tak! manusia sekarang lebih gemar merumuskan semuanya dengan hanya melihat dari jauh, Kebanyakkan nya beranggapan perempuan jahat, nakal, kurang didikan agaman dan kurang teguran mustahil untuk berubah menjadi baik.

Even sampai sekarang pun, bila ada yang menegur, 'Cantik bulu tangan, nak tunjuk dekat siapa tu?' . Cuna buat tak tahu. ada masanya Cuna tak layan pun teguran tu. kenapa ? sebab yang menegur pun ajak Cuna buat maksiat. *gelak kecil* ada masanya, bila orang tegur kita bukan perempuan yang baik, rasa macam nak buat jahat ja. sebab bila kita jahat orang takkan menegur kita seteruk mereka menegur kita ketika kita belajar untuk menjadi baik. tapi, bila difikirkan balik Cuna berubah bukan sebab dia, jadi Cuna tak bergaul dah la dengan dia. Cuna akan cuba jarakkan dan bataskan pergaulan dengan golongan golongan yang suka buat penilaian BUTA ni. supaya Cuna boleh berubah sedikit demi sedikit dan kekal istiqomah dengan apa yang Cuna buat. bila golongan golongan ni tak rapat dengan Cuna, tak ada lah Cuna tahu mereka mengata Cuna. Tak ada lah Cuna terasa hati sehingga menyebabkan Cuna berdosa sebab simpan perasaan tak suka dekat mereka. Tak ada lah Cuna rasa down.

Kadang kadang manusia yang suka buat penilaian ni, mereka tak sedar. mereka tu pun sedang melakukan kesalahan, masih melakukan maksiat tanpa sedar. Kadang kadang bila Cuna dah mula buat keputusan untuk diri sendiri, golongan golongan yang gemar membuat penialaian BUTA ni akan kata Cuna penting diri. Padahal, mereka tak tahu yang Cuna penat rasa kecil hati. Penat rasa dihina. Sebab fikir diri sendiri, Cuna gagahkan jugak melangkah. Cuna pernah tanya 'kalau awak tiba tiba dapat tahu kawan awak tu sebenarnya xbaik pun. pernah buat dosa. awak nak kawan dengan dia? nak bantu dia berubah?'. jawapannya 'buat apa berkawan dengan orang macam tu. nanti kita terpengaruh. lebih baik jauhkan diri.' alahaii.. sedihnya hati Cuna ni, Cuna pendam sorang sorang. biasalah, manusia.. tu ja lah buat masa ni, maghrib dah. nanti Cuna share lagi..

Tiada ulasan: