kengkawan

Selasa, 9 Ogos 2016

hiking gunung irau - Cameron highland

assalamualaikum semua.. haii.. okay kali ni nak update pasal pergi Gunung Irau sabtu lepas. Gunung Irau ni terletak dekat Cameron Highland.. okay kita mula cerita. macam mana boleh pergi ? join goup mana ni? macam mana boleh kenal dengan depa ni ? so, cuna join group akak USMian ni. diorang pun newbie jugak macam cuna. takda lah sampai tahap pro yang boleh hiking ala-ala maraton gitu. best lah, sebab semua jenis yang masuk kepala. cuna kenal dengan akak ros. dia dulu designer tempat cuna kerja. kira geng jemah company specialist lahh.. geng jemah melayu. sekarang dia dah berenti dah, continue study. ambik Phd. katanya gaji Phd lagi banyak dari gaji designer. so, beliau pun berenti lah. disebab kan akak ni tau cuna ni suka event event macam ni, so dia pelawa lah cuna join. maka dengan itu, cuna pun join lahh...

plan ni dari bila? nak naik tu kena buat permit tak? report polis? tadaaaa.. banyak pulak questionair nya.. plan ni dari bila entah, cuna dah tak berapa nak ingat dah. cuna sendiri pun dah lupa. yang pasti around 2 months earlier lah.. kitorang submit nama and bayar untuk permit semua. so benda benda tu semua husband kak ros yang uruskan. huhuhu. oleh yang demikian, seorang cuna tak tahu pun pasal tu. hehehe.. report polis tu betul lah tu, sebab pagi sebelum hiking tu kitorang p balai polis, lepas tu buat report kata nak naik gunung irau dan bagi tahu berapa orang yang nak hiking sekali. same goes to time nak balik tu. kitorang p bagi tau kata kitorang dah pun selamat naik dan sampai .


ni gambar waktu kita mula mula nak naik 4x4. semua muka ceria ja. excited kemahin. memang seronok tak terhingga lah katakan..

ni pulak gambar sebelum masuk hutan. ni baru dekat berinchang. mossy forest. muka dah tak sabar nak mulakan perjalanan. time ni semua pakai sweater, sebab dengar cerita gunung berinchang dengan gunung irau ni sejuk. so, apa lagi. memang spare baju sejuk lah kate ko..

sebelum masuk hutan, ada tangga. time tu kan rasa seronok tak terhingga sangat. first time nak naik gunung ni. haaa.. kemahin tau.. so ni lah kak ros, husband kakros and adik kakros. cuna ofkos lah korang kenal yang mana kan? yang suka menyemak dalam gambar semua orang tu.. hahaha..





ni time awal awal lagi. kalau tak silap time ni baru setengah jam berjalan masuk hutan. waktu ni semua laju kemahin. ada yang macam marathon pun ada. untung lah fit, stamina kuat. boleh berlari sampai puncak..



sepanjang perjalanan asyik cari signboard saja. nak tau dah berapa jauh berjalan. sebab dok jalan, dok climb, dok bergayut, dok melompat.. sampai sakit kaki , tapi signboard dia tak tunjuk pun. tak tau dah sampai mana dah.


muka disebalik dedaun hijau. hahaha.. tengok tapak tangan tu. punya kotor, sebab tak pakai glove. siapa suruh tak beli glove kan, haaaa.. padan lah muka. 




yang ni tak tau group mana. tapi this 3 guys was so good looking, and ada jugak lah cuna join group diorang. sebab cuna kena tinggal, huhuhuhu.. mana tak nya, nak speed sangat tak boleh. nak slow sangat pun tak boleh. cuna kena ikut kemampuan kaki cuna ja. bergerak laju sikit dari siput dan kura-kura.


yang baju oren tu cuna tak kenal. tiba-tiba nak tengok camera jugak. takpa, kita kasi can bergambar dengan strangers.





tadaa... cuna dan sampai mini irau. mini irau ni bukan puncak dia lagi okay. puncak dia yang lain. yang ni macam tempat persinggahan saja. ada jugak orang yang naik sampai sini saja. bagi cuna alang-alang dah sampai sini, cuna kena teruskan perjalanan untuk sampai puncak yang tinggi. main peak okay. hahahaha.. so ada 3 jenis gambar cuna yang mampu cuna share sebab cuna dah bebai. cameraman dok buat perangai terhegeh-hegeh sampai cuna rasa nak campak dia turun bawak dan suruh dia lari naik atas balik. huhh.. by the way, kalau korang perasan cuna pakai 3 helai baju. t-shirt lengan panjang, sweater dan baju kalis air(ala2 baju orang bawak motor). disebabkan cuna ni lemak tak banyak sangat, cuna tak tahan dengan suhu yang sejuk. even sejuk dia takda lah sejuk sangat. orang lain tengah perjalanan saja dah tanggalkan sweater, just tinggal t-shirt sahaja.

hello, lemak kita tak sama banyak okay. bagi orang yang berat dia 44kg macam cuna ni, banyak mana lah sangat lemak yang ada tu? =.=


sempat lagi diorang selfie ramai-ramai. disebab kan cuna tak dijemput, so cuna snap lah gambar diorang selfie.. ehhhh.. O.o

lepak kejap ja dekat mini irau ni, then cuna teruskan perjalan dengan waktu yang bersisa untuk sampai ke puncak yang benar.



time ni dah nak sampai puncak dah.. TO GUNUNG IRAU PEAK! ya ALLAH, time ni kan rasa macam nak menangis dan sujud syukur ja. kaki dah terketaq-ketaq tak tau nak habaq lahh.. sampai nak pengsan. sebab jalan sorang-sorang macam orang kena pulau. macam semua orang tak mau kawan kita. hahaha.. padahai, cuna dok diantara kumpulan yang laju dan yang lambat. haihhh.. apakan daya. redha je lahh..


diantara manusia yang awal sampai. just for this group saja lahh.. group lain dah penuh dah dekat atas tu. ada yang dah tidur dah pun. haaaa.. laju tak laju mereka ni sampai. waktu cuna sampai puncak, group yang cuna join ada 4 orang dah sampai. 3 lelaki dan seorang akak manis. tapi tak larat dah nak selfie. sebab cuna penat sangat. lepas menempuh banyak jalan berliku untuk sampai ke puncak ni. cuna sampai kena tebal muka minta strangers tolong tarik cuna naik atas, sebab cuna ni seorang yang berkaki pendek, dan tak kuat nak lompat tinggi-tinggi. oleh yang demikian, kena ada orang tarik or tolak cuna untuk maju kehadapan. hahahaha..


ni hasil waktu cuna sampai puncak okay. sebab malam nya ada hujan sikit. so siang tu dia jadi macam becak sikit. tu tak termasuk dengan kasut cuna tersekat celah lumpur lah, apa lahh.. ada setengah part tu, cuna sampai merangkak, melutut and beberapa aksi yang korang tak payah tau lah. hahaha.. memalukan saja. 3 jam cuna ambik masa untuk sampai puncak okay. 3 jam, nampak tak betapa lemahnya stamina cuna. almaklomlah, cuna memang tak ada excercise tambahan sembelum naik sini. yang ada hanya tambahan jemputan majlis rumah terbuka disana dan sini. 



tadaaa.. ni puncak gunung irau okay. the real puncak. tapi gambar ni saja yang ada. cuna dah dah habis scroll album gambar cuna dah. tetap tak jumpa gambar yang ramai-ramai tu. hemhh.. sedih cuna. nanti cuna stalk lah geng-geng yang join hiking ni. mana tau jumpa ka. kalau jumpa, cuna selit dekat entry yang lain okay. 

3 jam 18 minit masa yang cuna ambik untuk sampai ke first check point. mak aii, time ni, teketaq-ketaq dia hanya Tuhan saja yang tau. cuna sampai tahan orang mintak ayaq. hahahaha.. pengalaman sungguh, orang-orang tu pun macam serba salah nak kongsi kan cuna air. hahahaha... dah sampai carpark baru cuna ada mood nak bergambaq. kalau dak, memang takda mood. penat dia tu kan, lain macam. sebab sepanjang perjalanan, yang cuna harapkan untuk berjumpa tangga ke berinchang. lenguh dia tu, sampai tak mampu dah nak senyum dengan orang. cuna sampai tahan sebak lah. sebab dok terfikir, kalau cuna tak sampai macam mana, kalau cuna jatuh pengsan macam mana?? cuna time tu lebih mementingkan emosi dari target untuk sampai balik ke main point. lumrah seorang wanita.. 

then kitorang pun bergerak balik ke homestay yang sudah di book. malam tu ada buat makan makan, tapi tak ada gambar sebab semua orang dah penat sangat. ada yang sakit kaki, ada yang tersandar, macam macam lah gaya dan penyakit yang ada lepas dari turun tu.









sebelum balik kitorang jalan jalan lah dulu dekat cameron tu. pergi ladang teh, pasar tani, dan setia apa entah. lupa dah cuna. then lepas tu baru bertolak balik. sakit sengal sengal peha dengan lutut tu maybe boleh drag sampai seminggu.. tapi kenangan dia, sampai bila-bila. kenangan jumpa strangers mintak air, mintak tolong angkat naik. hahaha.. kenangan semua tu. seronok sangat. kenangan jumpa akak-akak cute lagi riuh. Cuna doakan akak-akak n budak-budak laki *takkan nak panggil abang kot* yang ambik Master and PhD semua berjaya menamatkan pelajaran korang dengan jayanya,


*the best people in life are free*

ada event jangan lupa jemput cuna lagi ye akak-akak USMian.
demikian lah pengalam 2 hari 1 malam cuna.
3 jam naik dan 3 jam 18 minit turun Gunung Irau.

sekian.

Tiada ulasan: