kengkawan

Rabu, 27 Julai 2016

wordless wednesday

hi alls. assalamualaikum..
see.. kena cakar dengan kucing kesayangan.. setiap apa yang kita buat pasti ada balasan. samada cepat atau pun lambat. bagi aku, ni dikira balasan sebab kata dekat adik yang darjah 3 tu. 'dah memang tak pandai' hemhhh... Allah tu maha adil. Allah pesan dekat kita untuk bersabar. Nabi ajar kita untuk bersabar. tapi masalahnya waktu ni tak boleh nak bersabar. apa lagi, terhambur lah marah tu. maka dengan itu, kemenangan lah buat syaitan nirrajim. mana taknya suruh belajar, menangis. ambik hanger letak atas meja, menangis dia macam kena pukul dah dengan hanger tu. punya lah degil. tak terkata. bila mengadu ke mama, kita jugak yang salah. last sekali, tak perlu lah aku yang bersusah payah suruh belajar. pergi ja lah tidur. itu lagi menenangkan.
budak budak sekarang, bila disuruh belajar tak mahu. bila disuruh mengemas, tak mahu. tapi bila disuruh main, laju ja mahu nya. haihhh.. geram sikit, sebab minggu ni minggu exam. bila diingatkan keputusan ujiam kelas kafa, sangat lah tak memberansangkan. tapi nak buat macam mana. ibu bapa tak pantau, bila anak periksa, bila anak ada kerja sekolah, bila anak kena denda... maybe itu kekurangan aku yang hidup dalam family yang sedikit bermasalah. anak anak terabai. perhatian dari ibu bapa tak dapat sepenuhnya. sebab yang diberi perhatian tentang apa yang akan mereka cakap dalam mahkamah nanti. semua nak menang. tak ada langsung fikirkan anak anak. what so everrrr lahh..
kadang kadang bila kita jadi ibu bapa dalam keluarga bermasalah, benda paling utama sekali pandang lah anak anak. anak anak tinggal dengan kita tak bermakna kita dah cukup bagi perhatian dekat anak anak. ada masanya yang depan mata tu jauh sangat dengan kita.

3 ulasan:

nurifa. j berkata...

Dear girl...

Bertabah ya.

nurifa. j berkata...

Dear girl...

Bertabah ya.

solehatun husna berkata...

ehhh.. hahaha.. haii..