kengkawan

Isnin, 13 Jun 2016

ramadhan, 6.

assalamualaikum.. hye semua.. so, its been a week kita berpuasa.. haaaa.. penuh tak ??? huhuhu.. dikesempatan ini saya Solehatun Husna Husainin ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Menjalani Ibadah Terawih. =D

haaaa.. macam biasa, seorang Husna takkan rajin nak menekan papan kekunci kalau takda cerita or apa apa yang nak digosipkan dekat Blog ni.. huhuhu.. okay kali ni ada 2 cerita yang Cuna nak share.. 1st story pasal Cuna p hiking Bukit Bendera sabtu baru ni. what???!! bulan bulan puasa ni p hiking ? yup.. opkos lahhh.. see the leg lahhh.. apa ingat Cuna ni lembik sangat ka? haaaaa.. sampai jugak ke puncak.

Mula mula tu KakRos lah yang ajak. dia kata dia tengok dekat FB Penjejak Gunung.. haaaa... tengok kat sana lahh.. nak naik bukit bendera jumaat pukul 11 malam, turun pukul 8 pagi sabtu. KakRos ada lah pelawa hangat hangat tahi ayam macam tu dekat Group wasep Carca tu. Cuna ni seorang yang mudah terpengaruh. maka dengan itu start texting 2 3 orang kawan. but sorang ja bagi feedback positif, apa lagi on lahhh...

Start naik tu dalam pukul 11 malam.. sampai puncak dalam pukul 2 pagi.. hohoho.. 3 jam naik Bukit Bendera.. dah la banyak berenti. kaki tak kuat nak mendaki. lutut lutut semua rasa macam sengal sengal ubi. tapi bila dah sampai puncak. kepuasan dia.. tahap maksimum tau. hahaha.. itu bagi beginner macam cuna ni lahh. haaaa.. sampai atas pukul 2 pagi boleh tengok permandangan Penang dari atas tu Subhanallah.. cantik sungguh pemandangan tu. Ya Allah. Indahnya ciptaan Tuhan.

 ni time sahur ni. Cuna tidur kat atas Bukit Bendera, Camping dengan diorang. haaa.. cuba cari Cuna yg mana 1 ?? jeng jeng jeng.. hahaha.. Cuna yg dekat tepi tu, tengah basuh tangan.. huhuhuhu..

 ni pulak time nak sunrise... Cantik kan. hemhh,,


hilang sakit badan time hiking bila sampai puncak.. kepuasan dia terbaik. sampai ja puncak bila dah setting tempat tidur.. apa lagi.. terus tidur. tidur tepi kak ros. time tu dah tak sedar diri dah. lena. tau tau diorang kejut suruh sahur. bangun lah sahur. makan nasik bungkus, time tu kan rasa macam kembali kesekolah sangat.. huhuhuhu.. sungguh tak percaya. lepas sahur, seorang Cuna pun sambung lah tidur balik. hahahaha... pukul 7.15 pagi baru bangun then kemas2 barang semua..

tu lah pengalaman 1st hiking waktu malam, tidur, bersahur dengan orang tak kenal. hahaha.. actually ramai yang hiking ni. tapi 9 orang ja yang stay atas ni. yang lain pukul 4 pagi dah turun dah. So Geng Air Hitam ni memang best. even Cuna banyak buat hal sendiri. tapi everything going smooth ja. still lagi boleh get along walaupun Cuna tetap dengan perangai pendiam ni. huhuhuh.. tabah ja diorang tunggu Cuna yang banyak kali berenti ni.. okay lah, tu ja yang Cuna boleh share buat masa ni. nanti Cuna share lagi okay..

Have a nice day and Weekdays, Happy working, Happy Fasting, and Welcome Back to School.. sekian dari Cuna.. Assalamualaikum...

Tiada ulasan: