kengkawan

Sabtu, 12 Mac 2016

Reunion #gengcaca

assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. hari ni story sikit pasal reunion geng carca. reunion minggu lepas, minggu ni baru nak update. maklomlah, sebok sikit, tambah pulak kerol pas gambar lambat. macam dulu lah. hehehehehe... rancang kemahin sebulan awal, last2 time hari yang dijanji kan. semua datang lambat macam baru rancang last minute, typical caca lah.. huhuhuhu..

kali ni buat reunion geng caca sebab masing2 pakat dok nak buat haluan masing2. kaksyera dah kerja singapore, hilmi dah kerja dekat nogori, pejoi pulak baru ja berenti. tak tau dia nak travel mana pulak. semua pakat cari kerja jauh2. tak lama lagi kakros pulak, dia nak sambung PhD. cuna doakan kakros dengan husband berjaya sampai Dr. Proff. Madya Ir. and so on lahhh.. hehehehehe... tinggal kak siti dengan kami ja yang still tabah disini.


ni gambar jun 2015. time ni hilmi yang nak berenti. time ni, group caca panggil group apa entah, tapi more to farewell untuk hilmi lah. hahaha.. siap kick hilmi lagi dari group. hahahaha.. typical us, macam nak beli hadiah kawin untuk tajuddin dulu. kick dia dari group. dah siap hadiah semua baru bawak masuk dia balik. huhuhuhu.. dah nak dekat 2 tahun dan lepak dengan depa ni. rindu betul, bila ada reunion macam ni, memang nak sangat sangat join lah.

macam biasa, tempat yang dituju is belakang hotel flaminggo penang. jun 2015 pun kita BBQ dekat situ,. Feb 2016 pun kita BBQ dekat situ, hope 2017 semua orang still panjang umur dan boleh BBQ lagi sama sama tak kesah lah dekat situ or dekat mana, hehehehehe.. insyaallah. tahun ni geng caca become a bit biigger cause wife tajuddin kak ida pon kerja bawah satu company. and they will have baby soon. OMG, rasa macam kita pulak nak ada baby, fuhhhhh.. perut dia kecik ja.. tak da alahan sangat pun. bertuahnya,..




pukul 3 lebih baru sampai. hahahaha.. padahal keluar pukul 12 tu. hilmi ambil lepas tu beli itu beli ini. ambik kak siti dengan kak syera. terus keluar. sampai 3 lebih, boleh tahan jem jugak jambatan time ni, tapi Alhamdulillah, selamat sampai. disebab kan kami berempat sampai awal, so kami lah yang merasmikan makanan yang siap kak siti masak. spegeti goreng. hahahaha.. time ni makan tambah sampai tak mau2, sebab kebulur semuanya. alahaiii, tragis betul.

kawan kawan yang lain nak dekat pukul 4 baru sampai. yang seterusnya off couse lah kak ros dan husband yang sampai. lepas tu tajuddin dan kak ida, then faiz and lastly. dua orang hero tamil kita. kerol dengan pejoi. hahahaha...


actually macam bawak kakros lepas rindu dengan laut pulak. dok asyik nak mandi pantai ja. siap bawak goggle lagi.. hahahaha.. entah betul entah tidak ejaan tu, what ever.. janji kakros dapat lepas rindu dengan laut. time ni baru seminggu dia balik malaysia. 10 hari dia bercuti dengan husband dia dekat thailand. comel ja pengalaman depa. jeles sangat, hemhhhh...






kakros bagi tahu kaksyera, kalau mandi laut nanti lapar. so boleh lah 3rd round sambung makan makanan yang banyak tu. hahaha., after mandi laut kaksyera dok meluahkan rasa, kenapa dia tak lapar even dah sudah mandi laut macam yang kakros katakan. hahahaha.. comel comel ja kelaku akak akak ni. around 7 something semua kemas2, nak bergerak pergi masjid terapung yang letaknya tak jauh dari tempat kita BBQ tu. tajuddin dengan kak ida tak join, terus gerak balik alor star. sebab esonya kak ida kena check up. faiz pulak tak join, ye lah dia naik moto lepas tu dah tak larat.



lepas isha' semuanya yang amsih tinggal bergerak ke plaza gurney. tengok london has fallen pulak. mai aii.. dapat seat depan gila. seat C.. barisan ke 3.. sampai naik loya tekak tengok wayang punya depan. so dah tau dah perasaan orang yang tengok wayang dekat gila. alahai... stress.


dalam pukul 1 lebih semua orang dah selamat sampai rumah. alhamdulillah. aturcara yang dirancang berjalan dengan tertib tanpa ada sebarang masalah. so dah boleh dah nak end entry ni. assalamualaikum. nanti kami update cerita lain pulak. sekian.


Tiada ulasan: