kengkawan

Selasa, 10 November 2015

niqab dan kedai makan.

assalamualikum semua.. apa khabar.. hehehe... hari nak update pasal cara memakai niqab. hari tu dah type separuh dah dalam phone.. tak sangka pulak draf dalam phone tak naik bila bukak dalam leptop ni.. hemhh.. stress.. bila dah kena type lain, so cerita yang nak type jadi lain lah. haishhhh...

haaaa.. kalau ikutkan tajuk dekat atas tu, cuna nak share pasal cara pakai niqab. even cuna tak pakai, cuna kena belajar jugak. sebab mama pakai niqab. baru belajar jugak. so, sama sama belajar. yang mana mama tak tahu, bila tanya cuna. maybe cuna boleh cerita sikit berdasarkan apa yang cuna belajar dan pengalaman cuna bergaul dengan orang orang yang pakai niqab ni. siapa tak nak tolong mak sendiri buat baik kan. hehehehehe...

okay, hari ni cuna nak share macam mana orang berniqab makan. tak susah pun sebenarnya, tak jadi satu kesalahan besar pun bagi perempuan berniqab yang nak keluar makan kat luar. ada caranya, dan caranya pun tak susah. cuna dah penah suruh mama try dan cuna pun ada jugak cuba sekali dua. tak susah pun macam yang orang dok kata tu. sebolehnya cari tempat duduk yang kanan anda tak ramai orang atau xdak orang. tapi kalau dah dapat dekat tengah tengah, nak buat macam mana. ujian tu.

before this, susah hati nak ajak mama makan kat luar, nanti nak makan macam mana. haaa.. nak kena selak ke atas ka ?? cuna ada jugak baca dari beberapa blog orang berniqab, banyak juga cara dan penjelasan mengenai cara berniqab. haaaaaa... jangan ingat orang berNiqab tak berBlog okay.. haaaa...

ada satu blog ni yang cuna jumpa, dia ada tunjuka sekali cara cara nak makan sambil berniqab. mudah faham. korang boleh klik blog ni cara wanita berpurdah makan dan minum cuna dah link kan ke entry tu. kat situ penerangan akak tu jelas sekali dengan contoh. =)

senang ja kan nak makan? selak sikit ja niqab tu, tak payah over sangat macam orang dok kata tu. selak semua ke atas lah, kena bukak semua lah. apa lah.. hemhh...

mama dan nenek cuna =)

okay lah, tu ja nak  share... kepada yang sambut depavali, happy dewali.. =) selamat malam semua. sebelum tidur, niatkan untuk memafkan orang sekeliling dan berdoa agar orang sekeliling juga terbukak hati untuk maafkan kita..

assalamualaikum...

Tiada ulasan: