kengkawan

Ahad, 25 Oktober 2015

kek butter

assalamualaikum dan salam sejahtera.. hai semua.. hehehe.. saja lah pun nak update ni.. semalam dah update cerita pasat barut tradisional mama. haaa.. korang boleh klik dekat barut tu untuk pergi dekat entry tu okay. hari nak cerita pasal butter cake yang saya try semalam.. hehehe.. menjadi, alhamdulillah.. sedap.. *perasan lah pulak* serius tak tipu. buat malam tadi, malam tadi jugak habis. tak sempat nak tunggu pagi. hehehehe.. *tapi selalunya memang buat time tu, time tu jugak habis. adik-adik kuat makan*

selalu buat cheese cake, kali ni cuba butter cake pulak. hehehehe... resepi butter cake ni ambik dari blog kak azie. korang boleh klik nama kak azie tu okay. haaaa, dekat blok kak azie ni ada banyak resepi. korang boleh try. semuanya sedap sedap. =)


Bahan bahan:
250 gram pure butter jenama Anchor
250 gram tepung naik sendiri
180 gram gula kaster
4 biji telur
1/2 cawan susu segar

Cara cara:
Panaskan oven dalam 20 atau 30 minit.

Pukul butter dan gula hingga kembang, gebu dan bertukar warna menjadi putih (low speed kemudian sederhana kemudian high speed).

  jangan lah terus putar dalam keadaan butter macam ni okay.. hancurkan butter tu dulu. kalau tak, haaaaa... habis lah dinding rumah korang.. hahahaha...


Masukkan telur sebiji demi sebiji di selang seli dengan  tepung. Masukkan susu segar dan pukul lagi sampai sebati.

Masukkan dalam loyang saiz 8-9" yang telah dilapik baking paper atau dispray terlebih dahulu.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama 40 minit atau sehingga masak. Angkat dan sejukkan atas redai.

 ni lah yang saya cuba nak bagi tau tadi. haaaa.. pandai pandai tambah masa dekat oven mama.. hahaha... sambil mama makan, mama membebel. habis oven dia saya kerja kan... hahahaha...



haaaa.. tu bahan-bahan dan cara pembuatan kek butter ni. serius jadi macam yang dalam blog akak tu.. tapi kalau untuk budak yang bawah umur, nak bake the cake u should ask for parental guide okay.
sebab macam saya, mama dah ajar banyak kali pakai oven mama tu. tiap kali pakai mesti buat mistake untuk timing baking cake. sampai nak bebai mama ajar. lastly mama yg masukkan timing dia. 

tapi untuk semalam, mama tak ada nak tolong letakkan timing tu. then saya pakai auto timing. auto timing 35 minit ja. then after siap masak, saya add on lagi 5 more minutes. cake tu jadi. tapi tepi dia macam gelap sikit warnanya. mama kata sepatutnya xpayah tambah kalau dah siap masak. kena tambah waktu sebelum masak. hemhh.. mana lah saya tahu. susah sangat nak pakai oven mama tu. hemhh.. 

next time nak cuba resepi lain pulak. tapi ofcos lah cake aje. nak masak lauk pauk xpandai. boleh nak baking ja. mama selalu jugak kata, "xkan nak bagi laki makan kek hari hari. gemuk dan kencing manis lah nanti. dah la awak tu pun tak bersenam. haaaaa..." ye lah mama, bila dah nak start counting days nanti orang belajar lah masak.. *ehhh, sempat ke? tahun depan je tu* emmm.. tu ja nak share. nanti kami share lagi nahhhh.. =)

thanks okay akak.. hehehe.. nanti saya cuba resepi lain pulak okay. dengan pengawasan mama sekali... assalamualaikum...

Tiada ulasan: