kengkawan

Sabtu, 24 Oktober 2015

barut tradisional

assalamualaikum dan salam sejahtera, apa khabar semua. selamat bercuti dihari sabtu. so, pergi mana ja hari ni? banyak ke singgah makan kenduri? hehehehe.. dekat area permatang pauh ni mendung ja dari pagi. nak keluar tak lalu, mana tidaknya, kalau keluar nak kena pakai mask semua bagai. jerebu teruk 2 3 hari ni. tak bagus untuk kesihatan kalau keluar tanpa mask.

nampak tak tajuk tu? haaaaa. hari ni nak promot pasal barut bengkung tradisional. barut ni ala ala zaman dulu dulu punya. sebab dia banyak tali. baru ni bagus untuk ibu ibu dalam pantang, tapi kalau yang tak dalam pantang pun boleh pakai. tak ada masalah. barut ni bertujuan untuk mengekalkan bentuk badan yang ideal. mula mula dulu segan nak promot. sebab rasa buat apa nak promot pasal barut ni. ada ka anak anak dara dan ibu ibu yang nak beli.

alhamdulillah.. dah ada banyak tempahan dalam masa 3 tahun page barut tradisional ni mula dibuat. disebabkan barut ni dibuat sendiri oleh mama saya, kebanyakkan pelanggan datang sendiri kat rumah untuk bagi ukuran dan sebagainya.





ni ada beberapa sample yang mama saya pakai. kesan dia amat meyakinkan. mama saya dah ada 5 orang anak. but her body is still maintain like when she young. hahaha... abaikan aku punya BI yang ke laut tu. saja lah buat page nak promot mama punya barut ni. sebab elok. saya nak pakai xsesuai pulak, sebab mama asyik suruh gemokkan badan. sekeping ja katanya. stress dengan mama tu. banyak customer mama puji jahitan mama dan barut mama tu. untuk pengetahuan semua, mama saya boleh jahit baju fesyen jugak okay. mama penah jahit baju kurung untuk pengantin, baju melayu, kemeja lelaki, dan beberapa jenis baju fesyen yang lain.

boleh kata semua baju kurung saya, mama yang jahitkan. skirt saya pun mama yang jahitkan. tak payah gaduh kalau beli skirt siap then kena bawak balik bagi mama repairkan. just beli kain, dan tunjukkan jenis skirt yang saya suka. hehehe..

haaaaa.. lupa pulak nak bagi tahu, barut ni banyak kelebihannya tau dak.
- ia dipakai oleh ibu dalam pantang supaya perut mereka tidak menggelebeh
- dapat mengelakkan masuk angin
- dapat mengembalikan bentuk badan asal seperti sebelum bersalin
- mudah dipakai sendiri
- memudahkan pergerakkan bagi ibu mengandung untuk melakukan aktiviti seharian mereka
- ia dipakai bersama minyak panas bagi mendapatkan kesan yang cepat
- boleh dipakai oleh semua lapisan umur yang menginginkan bentuk badan yang anggun
- 100% buatan tangan mama saya (hehehe, itu yang penting sekali)

tu jalah kot untuk entry kali ni. ada masa update lagi okay. jemput jemputlah like page barut - bengkung tradisional dekat FB tu. kalau yang dah terbaca dekat sini, nak order boleh menghubungi 019-555 7482 . =)

Tiada ulasan: