kengkawan

Rabu, 4 Mac 2015

semangat lah !!

bila dah usia makin meningkat ni, rasa macam sebok sangat diri ni. banyak betul tanggungjawab nak kena pikul atas bahu comel ni. ishh.. ishh.. kadang kadang rasa macam nak menjerit lepas tu nangis puas puas. nak luahkan semua yang terbuku kat hati ni. tapi apakan daya, bila makin banyak beban yang perlu ditapung, hati kecil comel aku ni cakap. "kuatkan diri tu, semangat sikit. jangan cepat sangat putus asa. ingat ada banyak lagi faedahnya kalau berfikiran positif" alahai hidup....

bila balik rumah, terus cari video video yang boleh memotivasikan aku ni. tu azam konon konon ja sebelum balik rumah. dah balik rumah aku main COC ja.. hahahahaha... *sila jangan tiru contoh ini* pernah sekali aku rasa give up tahap level tertinggi dalam COC tu.. sampai rasa nak menitik air mata ni depan orang, tapi cepat cepat aku cuba fikirkan kebaikan tentang apa yang berlaku... so air mata aku hanya sempat bergenang ja. tak sampai tahap melimpah ke ladang gandum lagi.

baru ni, permohonan aku nak masuk sambung belajar TIDAK BERJAYA . rasa down dia, macam kita gagal exam. hemhhh.. dah lah kita apply untuk PJJ.. bila difikirkan balik, maybe pointer aku tak hebat macam orang orang yang terpilih. huhhhh, mana lagi boleh nak apply PJJ ni?? aku nak apply KEJURUTERAAN AWAM!! apakan daya. aku redhakan je lah. so, aku teruskan lah hidup aku as a draftperson.

sabar, memang kena banyak sabar. bekerja bawah seorang engineer cina yang sangat cerewet. sampai kadang kadang, tahap blur aku cecah ke tahap blank dan hengggg!! sampai rasa, tak lama lagi ja lah aku kerja kat sini. tapi, aku gagah kan jugak, kalau engineer tu boleh sabar dengan sifat pelupa aku, takkan aku tak boleh sabar dengan sifat cerewet dia..

bila fikirkan kebaikan lain selain dari runsing tu, aku ada kawan kawan yang masuk air otaknya.. even aku just lulusan diploma, diorang tetap layan aku sama macam yang lain. still lagi setia terangkan dekat aku subjek subjek degree. setia lagi bagi semangat kat aku nak pergi sampai ke master, PhD and so on.. buat masa ni, ni tempat kerja paling best aku pernah pergi.. padahal, baru dua ja tempat aku pernah kerja. *menyampah* 

stress ka apa ka, kitorang share sama sama. diorang memang the best colleague ever lah. tak faham ka apa ka, sama sama discuss, sama sama cari jalan penyelesaian. takda pun konsep lepas tangan. sejuk hati aku duduk dengan diorang.


and for sure, im the youngest!!!! 
muahahahaha...


assalamualaikum...

Tiada ulasan: