kengkawan

Rabu, 6 Ogos 2014

raya!!!!!!!


Assalamualaikum.. SELAMAT HARI RAYA!!!! 


haaaa.. setelah sekian lama tak update.. lastly lepas seminggu lebih dibulan syawal ni baru boleh nak update blog.. sebok memanjang. ni baru ada data internet, sebelum ni pakai maxis yang internet free tu, nak bukak apa pun susah melainkan whatsapp dengan wechat ja..

Banyak ka dapat duit raya korang semua ??? mesti banyak kan.. tahun ni aku berjaya dapat RM5 saja. tu pun dari makcho dengan ayahcho. katanya aku ni anak sedara, anak sedara dapat duit raya. hehehe.. even dah bekerja, aku still diberi duit raya.. alohaaaa... setelah berpuasa sebulan, kini syawal tiba dan disambut meriah. raya kali ni best sangat-sangat. sebabnya, aku boleh keluar lepak dengan kengkawan. dari pagi sampai malam aku merayap, pergi rumah orang ni lah, pergi rumah orang tu lah.. seronok sangat.. hohoho..

 solehatun husna vs solehatun adawiyah

 this is what we called siblings! 
sorry mama, kena layan kerenah kita adik beradik.

we are Husainin's and Hafizah's daughters.
Muslehatun vs Solehatun

Raya keempat hari tu kawan sekelas waktu dekat Teknik Tunku Abdul Rahman, Anis Najwa telah pun selamat diijab kabulkan. seronoknya, cemburu pulak aku. sorang dah kawin, ramai yang dah bertunang, tak lama lagi semua menyusul.. hahaha.. aku ja yang tak tahu bila lagi nak bertunang, nikah dan ada baby.. adehh.. sabar ye kawan-kawan.. nasik minyak aku lambat lagi lah yep.. makan nasik minyak kenduri korang dulu lah jawabnya. kepada sesiapa yang nak kawin, jemputlah aku ni. jauh di penghujung jalan.

Anis and Tasyriq wedding..

Raya kali ni takda makcik-makcik yang aku jumpa tanya pasal "bila nak kawin?" , "mana anak?".. soalan sensitif macam ni tak keluar pun dari mulut-mulut tuan rumah yang aku singgah beraya.. yang paling aku pantang, orang tanya aku "anak tak datang sekali ka?" what??!!! damn sungguh.. nampak macam mak budak ke weh??!! haishh.. sulung, umur 20 dan ke atas ja mesti kena kawin dan ada anak dah ka ?? typical Malaysian.. typical orang tua di Malaysia. 

 The Bride and us.

 A few TARPians.
We are the TARPian!!
SMT Tunku Abdul Rahman Putra, Georgetown, Penang.

 gonna miss you..


Sabtu baru ni pulak ada alumni reunion SMKPP.. ramai, meriah, seronok dapat jumpa kawan-kawan lama. panjang bergosip dan berkongsi cerita. makan pun sikit ja, sebab kenyang bersembang dan gelak tawa. hahaha, macam-macam cerita lama keluar. macam-macam nostalgia bermain diruang minda. raya yang penuh warna-warni. walaupun tahun ni sama ja macam tahun sebelum no, takda baju raya. aku still lagi boleh menyambut syawal dengan meriah nya.



 a few of Batch 2005.. 
2nd Batch of SMK Permatang Pasir, Pulau Pinang.
Gonna miss all of our memories, Gonna miss all the jerk faces, Gonna miss all of our dream, Gonna miss all the annoying moments, and i'm gonna miss all of you!


 My Bestie



Panjang betulkan entry aku kali ni, penuh dengan gambar-gambar kenangan yang mengusik minda dan jiwa. halamak!! sangat tak boleh blah..bukan sangat ja, sungguh tak boleh diterima akal.. okay lah.. sekian sampai sini saja. nanti kedepan aku akan cuba melapangkan diri untuk update entry lagi..



Dikesempatan ini, aku SOLEHATUN HUSNA ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf andai ada terkasar bahasa, terguris jiwa, terbuat ganas, tercubit kuat, terjerit nyaring, terbanyak cakap, teramah tamah, terfriendly gegila, ter'annoying', termakan terminum hak korang, berkelaku manja, termengada-ngada.. maafkanlah aku, sebab tu semua memang perangai aku. kalau rasa tak berkenan, jauhkanlah diri dari aku. ehh, maaf.. maaf.. hehehe.. 


sekian dari aku.

Tiada ulasan: