kengkawan

Selasa, 31 Disember 2013

selamat tinggal 2013

assalamualaikum w.b.t.
entry pendek untuk semua..

saya SOLEHATUN HUSNA BINTI BUSAININ ingin memohon kemaafan kepada semua andai terkasar bahasa, terguris hati, terlupa, ataupun sering menjengkelkan dengan celoteh dan perangai saya yang kebudak-budakan... mintak dihalalkan segala yang diberi.. kenangan, tangisan, kegembiraan, kebosanan, makan minum serta tempat tinggal.. halalkan jugal segala ilmu yang telah diberi kepada saya..

saya memohon berjuta-juta kemaafan kepada semua andai terasa dengan status FB, TWITTER dan WECHAT saya.. sekarang dah takda FB. so, tak payah taching lebih lebih.. dekat twitter pulak, hope jangan terlebih lebih terasanya. kat situ saya memang suka tweet random. mohon jangan terasa dan perasan tweet tu untuk anda. melainkan, orang yang buat salah ja yang akan terasa.. ye dok?? huhuhuhu.. maaflah, gurauan saya kasar, pertuturan saya kurang lembut. walaupun saya ni nampak macam ayu budak nya.. hihihi.. ;)

semalam tengok tanyalah ustaz, ustaz ada cakap "orang yang jenisnya cepat terasa, selalu makan hati, iri hati, berdendam senang kata sensitif lah kena jaga-jaga. itu adalah salah satu cara syaitan untuk tumpaskan kita. sebab bila adanya situasi sensitif ni ia akan memecah belah kan dan boleh menyebabkan putusnya silaturrahim." .. tu apa  yang dekat tanyalah ustaz di TB9. so, dah tau saya jenis yang macam ni perangai nya.. jangan ambik pusing okay. jangan peduli.

kepada keluarga dan kawan kawan yang setia menemani saya disepanjang naik dan jatuh saya pada tahun ini, terima kasih saya ucapkan buat semua. terima kasih sebab sudi menerima dan menyayangi saya. saya harap tahun 2014 nanti bakal mencorakkan kehidupan kita yang lebih baik. semoga pengajaran dan kenangan pada tahun 2013 takkan dilupakan.

sekian dari saya..

Tiada ulasan: