kengkawan

Selasa, 12 Februari 2013

pengalaman kerja

assalamualaikum.. hye semua.. apa khabar ?? aku harap masih lagi sempat nak mengucapkan KONG Xi FAT CHAI bagi mereka yang berbangsa cina...

maaflah, dah lama tak meng'update' something dekat laman ni.. almaklum lah, sejak aku buat part time dekat PASARAYA Yat Fong ni, masa untuk aku mengadap mengadap semua benda alah ni dah terbatas. mana taknya aku start kerja dari 9 pagi sampailah 10 malam.. haaa.. lama kan. aduhh.. nasiblah, nak buat macam mana.. dari aku dok buang masa, baik aku cari something yang berfaedah untuk dibuat. takda lah banyak sangat dosa aku dapat. bila asyik dok buang masa ja, mulalah aku buat pekara pekara yang 'lagha'.. astaghafirullahhal'azim... mintaa minta dijauhkan lah pekara pekara 'lagha' tu dari aku.. hari ni hari kedua aku tak datang kerja sebab demam..

baru seminggu kerja dah demam ??? hehehe.. bukan aku, sebelum ni aku kena jaga bahagian kosmetik. so, suhu kat situ sesuai dengan badan aku yang tak berapa nak kuat ni. kerja kerja kat situ pulak tak melibat aku untuk angkat kotak kotak yang berat. tapi hari khamis baru ni, aku kena tukar jaga dekat bahagian air. kat situ pulak, dengan hujan nya, mak aii.. aku mana lah tahan sejuk sejuk ni.. lagi pulak aku kena angkat 'sekaten' air.. huhhh.. kalau air kotak tu, xdak lah berat sangat.. 2 3 'keten' aku boleh gagah lagi nak angkat.. kalau air tin, huhh.. kena angkat 2 'keten' sekali.. mak aii.. nak menangis aku. tiap tiap hari balik aku 'kompem' menangis nya lah sebelum tidur. huhuhuhu.. macam budak budak kan ?? biasalah, aku sememangnya budak yang manja walaupun dah berumur 21 tahun 17 hari.. hehehehe..

bila kerja yang melibatkan ramai orang ni, banyak yang aku belajar.. macam macam ragam manusia yang aku jumpa. ada yang menjengkelkan.. ada yang menyenangkan. hehhh.. okay okay.. disebabkan aku ni tak lah sehat mana, so nak kena tidur awal lahh.. selamat malam ya semua.

p/s: sebelum aku terlupa dan bakal tak ingat.. hehehehe... aku dah aktifkan balik FB aku.. korang boleh add okay.. huhu.. solehatun husna ..

2 ulasan:

Farah Waheda Wahid berkata...

jangan angkat berat2 sangat kay dear...orang perempuan x boleh angkat berat2 sangat...x elok...

azifah yazid berkata...

follow sini :)