kengkawan

Isnin, 7 Januari 2013

memancing !

assalamualaikum semua.. huhuhu.. nampak tak tajuk entry tu ?? memancing .. haaa.. korang percaya tak aku ni pergi memancing ?? sila lah percaya okay.. mancing dekat mana ?? entah la, sungai besar  katanya. area jalan behrang stesen yang nak menghala ke sabak bernam tu.. huhuhu.. aku pergi dengan kawan kawan yang baru.. orang yang tak pernah lagi aku duduk bergaul . huhhh..

pukul 6.30 pagi diorang dah kejut bangun.. aku pun dengan berat hatinya bangun lahh.. yang budak2 rumah aku pulak rasa pelik ja. mane tak nya. pukul 6.30 pagi aku dah bangun mandi. hehehehe.. jadi isu kot pagi pagi tu. kahhkahhkahh . tunggu punya tunggu, tak sampai2 lagi orangnya. kejut aku awal2 sebab pukul 7 dah nak gerak katanya. tapi, alih2 pukul 7.30++ pagi baru diorang datang ambik.. aihh.. hangin pulak rasanya. tapi apakan daya, aku ikut diorang. so kena follow step diorang lah...

kitorang gerak g sungai lebih kurang dalam pukul 8 pagi macam tu. sejam setengah sampai. tapi semalam bukan sejam setengah. 2 jam aku rasa nya hahhh.. mak aii.. siap sesat2 bagai.. hampeh betul lahh.. masuk lorong ni, tembus lorong tu. masuk situ, tembus dini. hahaha.. lucu lucu.. gila gila tau.. tu lah, orang yang bawaknya macam confident ja. alih, jalan yang elok dia xnak bawak, jalan yang berlopak2, berlumpur jugak lah yang diorang bawak. habis kaki2 aku..

tu baru satu, bila dah sampai.. kenderaan kitorang parking jauh sikit. dengan alasan, kawasan tu selamat ja. mungkin, lahh.. tapi bagi aku, dalam hutan sawit mana ada yang selamat.. aku ikut ja lah, sebab aku tak biasa lagi dengan kawasan macam tu. mak aii, penuh selut selipar aku. mana taknya, aku pakai selipar. yang lain semuanya pakai kasut phua chu kang tu. aisehhh..

gempak lah jugak pergi memancing semalam tu .. even boring nak tunggu umpan dimakan.. siap kena berangkat2 lagi time nak balik tu. maklum lah, bila dah petang air pasang. diorang takut aku tenggelam. kurang asam betul lah.. nevermind lah.. itu ja cerita yang boleh aku nak kongsi. kalau nak detailed kan panjang, takut satu entry pun xcukup. dah la xdak gambar. hehehe... okay lah, nanti jumpa lagi..

Tiada ulasan: