kengkawan

Khamis, 24 Januari 2013

koc berkatil

assalamualaikum semua.. apa khabar korang ?? pertama tama sekali aku nak ucapkan selamat maulidulrasul kepada semua yang menganut agama islam.. dan selamat bercuti bagi tang lain nya.. hehehehe.. entry ni pendek je. aku tak boleh nak mengarang panjang panjang. tak tahu nak mengarang apa yang sampai panjang berjela.. aku juat nak share pengalaman aku naik train koc berkatil.. tapi takda gambar lahh.. leptop gua xdak blutut blutut ni.. emm..

wallawehh.. teruja jugak lah aku. first time dapat tempat macam ni.. best jugak lahh.. pengalaman. bagi family yang bawak anak anak koc macam ni memang sesuai.. sebab anak anak nya boleh tidur.. lepas tu pulak koc ni tak bingit macam koc duduk yang biasa. emm.. xdak lah sampai sunyi terus.. tapi kurang sikit lah pencemaran bunyi yang disantap oleh telinga kita.

banyak lah kelebihan nya, bagi warga tua dan warga warga yang kurang upaya ni..selesa lah.. tak risau sangat. kalau naik yang tempat duduk tu, terdedah sikit lah dengan risiko nya. emm.. nak buat macam mana, dekat koc tu ramai sangat penghuninya.. macam macam orang.. tapi yang problem nya koc katil ni, asyik dok dengar orang berdengkur ja. aishhh... jeles betul.. lena sungguh depa ni tidur.. hemhh..

okay.. tu je lah untuk masa sekarang ni.. nanti nanti aku update lagi ya.. sebelum aku mengundur diri, aku nak ucapkan SELAMAT HARI JADI untuk member aku NAIMAH BINTI MOHMAD BAKAR sebab dah masuk 21 tahun hari ni.. semoga panjang umur dan murah rezaki. aminnn..

Tiada ulasan: