kengkawan

Sabtu, 3 November 2012

penting diri


assalamualaikum.. hye apa khabar semua ?? sehat tak korang ?? aku harap korang sehat2 belaka lah yepp.. macam mana hari2 korang ?? gempak2 tak ?? apa ja yang berlaku ?? mesti pekara yang best2 ja kan ?? bertuahnya korang..

ehh, kenapa dengan tajuk entry aku tu ?? kenapa tetiba aku nak borak pasal penting diri ni ?? macam nada kecewa ja .. apa yang berlaku ???

hehhh.. nothing happen la beb. dah aku rasa aku nak borak pasal nihh.. so aku pun tekan ja lah tajuk tu. emm.. aku buat beberapa kajian dan pemerhatian.. tak banyak pun, tapi cukup lah kalau aku nak kongsi dengan korang kan pasal ni. pekara macam ni memang belaku dalam kehidupan seharian kita. kalau bukan kita yang buat. orang lain yang buat. so, benda2 macam ni biasa terjadi. tak perlu backup diri, memang semua orang akan buat macam ni. tak kira lah dalam pelajaran atau pun dalam pekerjaan kita.

sepanjang aku nak tulis entry ni, aku rasa sayu ja. entah lah, tak tahu lah kenapa. maybe sebab aku sedikit terikut emosional bila baca beberapa artikal yang berkaitan dengan penting diri nih. ada sesetengah entry tu buat aku ikut terkedu dan kelu nak kata. tapi tu lah hakikatnya. tak boleh nak lari. dah memang tu lah fitrah seorang manusia yang hidup dekat muka bumi ni. tak terlepas sikit pun dari dugaan Dia.

penting diri ni adalah satu tabiat yang tak patut kita ikuti. sebab kadang2 semua nih boleh memudaratkan kepada diri kita. 

"Dari Abu Hurairah r.a. katanya: “Bersabda Rasulullah SAW: “ Tiga macam orang bukan saja tidak akan mendapat layanan dan ampunan pada hari kiamat kelak, bahkan akan mendapat seksa yang pedih, iaitu seorang yang mempunyai kelebihan air di tengah padang pasir, sedangkan ia tidak mahu memberikannya kepada orang yang kehausan, seorang yang menjajakan barang dagangannya sesudah lewat waktu Asar sambil bersumpah dusta bahawa pokoknya sekian-sekian dan dipercayai oleh si pembeli dan seorang lagi yang membai’at pemimpin hanya untuk maksud manfaat keduniaan; apabila kelak maksudnya tercapai, ia patuh dan jika tidak, ia mungkir (berpaling tadah).”


Huraian
Jujur dan telus adalah sifat yang datang dari dalam jiwa insan yang beriman. Orang-orang yang selalu mementingkan dirinya tidak akan memikirkan kepentingan orang lain sebaliknya akan sanggup berbuat apa sahaja asalkan hajatnya tercapai. Dalam hal ini kehidupan kita bukanlah bersandarkan kehendak hawa nafsu tetapi ia perlu kepada semangat kekitaan dan kasih sayang yang mengenepikan segala unsur peribadi yang menjadikan seseorang itu lupa diri dan lupa saudara. Seharusnya apa sahaja yang dilakukan hendaklah bermula dari niat yang betul dan ikhlas. Kedua-dua sifat tersebut menentukan sejauhmanakah kita bepegang pada prinsip walaupun di akhirnya kita terpaksa berkorban.



memang lah menjadi diri sendiri itu adalah pekara yang terbaik. tapi jangan lah sampai bila korang terlalu jadi diri sendiri sampai tak boleh nak fikir tentang perasaan orang lain. paham ??? hemhh.. kita sememangnya insan yang lemah. tapi jangan kita lemahkan lagi diri kita dengan semua perasaan penting diri tu. tk payah pandang jauh2. kita tengok kawan2 yang dekat dengan kita sudah lah.

semuanya berperanga sedemikian. kenapa aku berani cakap macam tu ?? tengok lah, dari segi pemilihan kumpulan, pemahaman dan penerimaan ilmu yang disampaikan dalam kelas. semua tu dah cukup kalau nak gambarkan sifat penting diri sorang2. aku malas nak detailed kan banyak2. sapa makan cili dialah yang terasa pedasnya.

sekian
terima kasih

2 ulasan:

Cik Yaya berkata...

betul tu.sokong jgk...
pentingkan diri tu 1sikap yg xbrapa elok walaupon kengkadang perl..hehe
tp kalau da tgh wt kje tu ade sikp mcm tu mmg xboleh la..nti apapun xjalan =)

solehatun husna berkata...

hemhh.. betul tu. tapi tu lah yang berlaku bila kerja sepasukan sepatutnya dibuat secaara beramai2. tapi semua lepas tangan hanya 2 3 orang ja yang siapkan sampai sudah.