kengkawan

Ahad, 4 November 2012

kelemahan diri


assalamualaikum.. hye semua. apa khabar korang semua ?? harap korang sehat2 lah hendak nya. bertambah lagi sehat bila korang boleh baca entry aku. hehehehe... aku update lagi. semalam aku update cerita pasal penting diri. kalini aku nak bercerita pasal kelemahan diri pulak. 

"orang yang tak terima kelemahan itu sebenarnya dari golongan mereka yang lemah!"

woww.. ape kes ni do ?? erkk ?? hehhhh.. kenapa aku boleh tetiba nak cakap pasal kelemahan diri semua nih.. bukan semua orang ada kelebihan dan kekurangan ka ? tak ada manusia yang sempurna. semua ada kekurangan masing2. 

yap ! itu betul, tak ada manusia yang sempurna atas muka bumi ni melainakan Dia. yang membezakan kita sesama manusia adalah kelebihan dan kekurangan kita. tapi jangan lah pulak kita jadikan kelemahan kita sebagai satu alasan untuk kita terus tenggelam ditelan dek arus semasa. aku berani cakap macam ni atas apa yang aku lihat.

firman Allah : "tidak akan Ku ubah takdir sesuatu kaum melainkan kaum itu yang mengubahnya sendiri"

aku bercakap bukan untuk ditujukan kepada sesiapa. tapi sebagai peringatan untuk diri sendiri. hidup dan belajar ditempat orang kadang2 memaksa aku untuk fikir tentang semua tu. mungkin bagi sesetengah orang semua tu boleh diambil remeh ja. hemhh, tapi bagi aku yang sedang mengorak langkah ke alam pekerjaan itu adalah sesuatu yang harus dah mesti dititik beratkan.

misalnya kalau kita pergi temuduga soalan yang biasanya orang tanya adalah "apa kelemahan awak ?" .. soalan ni memang lazim ditanya. korang ni pulak jenis yang kena ketuk baru buat. takkan korang nak cakap macam ni "encik, saya ni muka ja cantik, tapi attitude saya lemah sikit. saya ni jenis yang kena ketuk baru saya buat. kalau tak suruh, tak ingatkan. saya mungkin takkan buat semua tu. saya ni lupa jenis yang lengai, kadang2 sambil saya buat kerja saya suka melencong, contoh lah kalau saya duk asyik dekat laman fesbuk. saya akan terus melekat dekat situ dah kerja2 saya tertangguh. memang itu attitude saya"

perghh !! kalau macam ni gaya nya, kompom2 korang kena buang kerja. haaa.. kalau aku lah yang jadi majikan tu, kompom aku sound balik. "ehem2, dah tau lembap. jangan nak selalu buat kerja sambil bersulam. jangan nak tunggu orang suruh baru alert nak buat kerja. tak tahu datang bertanya. cuba sampai berjaya. bukan give up tengah jalan, terus bergantung dekat orang lain untuk siapkan kerja kau. kau ingat ape, aku bayar gaji kau pakai duit parents kau ??" hemhh..

entah lah.. aku tak berani nak cakap banyak. sebab aku pun ada kelemahan aku sendiri. aku takut bila berdepan dengan orang yang aku tak kenal dalam kuantiti yang ramai. misalnya kalau aku g kenduri ke, shopping mall ke, emm.. senang kata tempat yang ramai orang. even kalau g pasar malam pun aku jadi macam cuak sikit sebab berdepan secara terus dengan orang yang aku tak kenal.

tapi yang peliknya, bila aku buat part time hari tu. aku tak pulak rasa takut nak berdepan dengan orang. mungkin costumer yang datang tak seramai macam dekat chowkit kot. aku paling suka time present dalam kelas atau dalam dewan. sebab diorang semua bagi perhatian dekat aku. hehh.. depan kawan2 boleh lah.. hemhh.. entah lah.. kadang2 aku pun tak paham dengan diri aku sendiri.

okay lah, dah makin panjang aku melalut petang nih.. selamat beriadah =)
dari aku
solehatun husna husainin

Tiada ulasan: