kengkawan

Ahad, 30 September 2012

edah


assalamualaikum... hye semua..
sehat kah kalian ??
*wahhh ayat~~*

hermhhh..
kali ni aku nak update something yang lain sikit.. something yang keluar dari topik kehidupan seharian aku.. kita serius okay !

mungkin aku ni tak lah layak sangat kalau nak bercerita mengenai soal ni.. tapi sebagai seorang yang tahu, aku rasa aku berhak untuk menyatakan pendapat aku.. mesti korang tertanya2 kan, pasal apa lah yang aku nak bercerita ni.. ermm.. aku just nak bercerita tentang apa yang aku lihat.. bukan bermakna aku nak mengutuk atau ajak mereka mengata atau mengumpat.. tapi aku hanya nak mengajak korang duduk dan berfikir sebentar..

bagi setengah orang yang kenal aku, mungkin korang takkan terfikir yang aku boleh semakkan fikiran aku dengan hal yang macam nihh.. tapi entah lahh..tetiba ja aku terfikir pasal nihh.. mungkin aku ada terlihat atau terdengar pasal semua ni kot. aku nak cerita pasal sebuah keluarga nihh.. aku tak tau lah diorang bahagia ke tak dengan kehidupan diorang.. tapi aku nampak kalut dalam family tuh.

kalut ?? apa yang kalutnya ??!!

entah lahh.. tapi serius aku nampak kalut dalam family tuh.. mungkin bagi korang, aku je yang ambik pekara ni terlalu serius.. padahal pekara nih macam remeh ja.. entah lahh.. lain orang lain pendapat kan.. "muka sama hijau tapi hati lain2..

okay ! aku tahu, aku ni bukan nya dah bergelar seorang isteri pun.. apatah lagi janda.. aku tak bermaksud nak mengata janda2 lain, tak semua janda sama macam janda yang aku kenal nih. baru bercerai dah nak bertunang.. 

bertunang ??? rileks lah dikk.. dia nak bertunang ja pun.. dia nak mulakan hidup baru.. kau tak payah nak kecoh sangat lah dikk.. just doakan yang terbaik je buat dia.. tak susah kan.

yup ! memang tak susah.. aku boleh je nak doakan yang terbaik untuk dia bro.. tapi korang boleh fikir tak, dia still lagi dalam edah.. baru seminggu dua bercerai dah nak bertunang.. apa kes ni bro ? tak boleh nak hormat bekas suami kau ke ?? mungkin bekas suami dia bukan dari golongan yang hebat atau berduit.. tak kaya.. tak hensem.. penganggur ja pun.. tapi, selagi si suami tu tak suruh kau berzina kau tak tak boleh layan dia macam sampah.. sepatutnya kau sebagai isteri kena bimbing dia.. biarpun dia dera kau.. kau kena fikir, semua tu berpunca dari sapa.. 

biarpun si suami tu mendera ?? kau gila apa dikk ?? saran ke ?? biol dah ke otak kau ?? ataupun, si suami tu dah manderem kau untuk sebelahkan dia.. ??!!

no ! takda istilah manderem dalam entri aku nih.. aku bercakap untuk apa yang aku tahu, aku dengar, aku lihat dan aku kaji.. mungkin kajian aku takdelah sedalam2 nya. tapi cukup untuk aku faham situasinya.. sebelum ni, untuk dapatkan si suami yang kau sanjung sangat dulu, kau sanggup buat apa saja. demi nak tegakkan 7 tahun perkenalan korang tuh.. sanggup belakangkan keluarga dan agama.. mak kau yang sakit tuh dah cuba macam2 untuk halang kau. tapi kau tetap dengan pendirian kau.. kau nak jugak laki tuh.. agama, maruah dan keluarga kau gadaikan.. pergilah, sebab aku fikir mungkin kau akan berubah lepas tu.. mungkin kau akan jadi sedikit matang untuk semua yang terjadi.. belajar untuk jadi isteri yang solehah.. 

tapi nampaknya , yang sebaliknya. bila kau dah tahu banyak kekurangan dalam family tuh, kau tak dapat terima dia seadanya.. kau cuba untuk memberontak tanpa kau sedar.. mungkin sebab tu munculnya kekerasan terhadap kau.. sebelum ni, susah nya laki tu kau terima ja.. sanggu telan bulat2 semua sekali. tapi, bila kau dah dapat laki tuh, baru kau nak fikir. baru kau nak menyesal untuk apa yang terjadi..

dah terlambat untuk semua tu.. kau sepatutnya bertaubat dan mulakan sekali lagi.. ubah apa yang perlu.. buruk mana pun, jijik mana pun kau kena redha. dia dah pun bergelar seorang suami.. syurga seorang isteri pada tapak kaki seorang suami. kenapa bila kau menyesal, kau nak membelakangkan suami kau ?? buat keputusan secara melulu.. kenapa kau tak berani untuk berdepan dengan semua nih ?? kau sepatutnya menyesal sebelum kau terima  dia dalam hidup kau.. bukan selapas dia jadi sebahagian dari kebahagiaan kau.. tu lah, kebahagiaan tanpa restu seorang ibu takkan kekal mana.. family kau yang lain sanggup bersusah2 untuk satukan korang, akhirnya bila dia jentik kau sikit untuk kesalahan yang kau sendiri buat. kau mintak dia ceraikan kau... bila difikirkan balik, kau mungkin terlalu muda untuk buat keputusan macam tuh..

haaa.. kan ? mungkin dia terlalu muda masa tu.. tak boleh nak berfikir dengan waras.. dikk, rileks okay.. sekarang biarkan dia mulakan hidup dia yang baru.. 

wow!! aku belum habis bicara bro.. kau jangan senang sangat nak menyandar suka hati.. kau ingat balik.. isu nya sekarang , nikah dalam tempoh edah.. edah tu kalau dari segi bahasa bermaksud bilangan ataupun hitungan.. dari segi istilah pulak tempoh masa untuk perempuan2 yang telah diceraikan suaminya.. kau tahu tak kenapa wujudnya tempoh edah ni bro ??? 

+supaya pasangan yang bercerai tu dapat berunding, dan rujuk balik.. 
+bagi peluang untuk sama2 fikir kesan penceraian terhadap keluarga. 
+bagi masa yang cukup untuk masing2 mengaku salah..
+nak tengok isteri mengandung atau tak..
+sebagai tanda bersedih dan berkabung atas kematian suami (bagi mereka yang bercerai mati).

paham kenapa ujudnya edah ??? bro , kau nampak tak apa dia buat bro ?? dalam tempoh dia jadi seorang isteri pun dia boleh keluar dengan lelaki lain.. bonceng kesana kemari.. macam baru mula jatuh cinta.. heyy bro !! dia isteri orang bro.. think lahh !! tu sebelum dia bercerai .. dah jadi satu dosa.. sekarang dia dalam edah.. dia dah pun bertunang.. apa cerita ni bro ??

heyy dikk.. kau jangan nak bercakap pasal dosa pahala lah dikk.. kau tu pun, tudung pun belum tentu sentiasa tutup kepala kau.. 

itu lah.. bila ditegur cari kesalahan orang pulak.. sekarang kita bertopikkan perempuan yang nikah sebelum habis edah nya.. jangan dibuka topik yang lain.. itu lah.. bila yang serba kekurangan menegur, kita pula diperlekehkan.. tak dipandang kerana buruk perangainya.. orang menegur tujuannya nak selamatkan.. bukan nak memudaratkan.. hemhh.. tak paham lah aku dengan manusia nihh.. kita negara demokrasi.. bebas bersuara.. selagi tak bercanggah dengan agama.. aku rasa luahan aku boleh diterima. takda hal lah kan.. yang salah ditegur, yang jatuh dibimbing.. yang kedepan, jangan lupa menoleh.. ajak semua sama2 maju kedepan.. jangan penting diri..

maaflah entry aku terlalu panjang untuk korang baca dan fahami..aku cuma sekadar menyuarakan pendapat.. bukan memaksa korang menerima.. tapi cukup sekadar memahami..

ikhlas dari aku
solehatun husna husainin

Tiada ulasan: