kengkawan

Jumaat, 11 Mei 2012

ANAK DERHAKA?!! SENANGNYA MULUT BERBICARA.


“Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca”.

Wahhh.. dah macam nak pidato dah kan.. hehehe..

“well , actually today I wanna talk about the nonesence..”

Alamak aii.. dah macam public speaking pulak.. okay2.. kita teruskan perjalanan mata kita untuk hari ye..

Continue our readings.

Hemhh.. sebenarnya aku ni tak da lah arif sangat kalau nak berbual pasal agama.. tapi aku tau lah sikit2.. maybe tak banyak macam yang korang tau.. tapi boleh lah kalau nak diajak untuk berkongsi sesuatu yang baru. Aku nak ajak borak pasal gelaran “ANAK DERHAKA”

Bismillahirrahmanirrahim..

“ANAK DERHAKA!”

Satu ungkapan yang paling ditakuti oleh semua anak-anak yang hidup diatas muka bumi ni. Termasuklah dengan aku. Kadang-kadang terfikir jugak aku. Aku ni “ANAK DERHAKA” ka ? ye lah.. kan degil ..  tapi aku berharap sangat2 aku bukan berada dalam kalangan diorang time dekat “PADANG MAHSYAR” nanti.. aku takut sangat kalau-kalau aku terbuat salah dekat mama dengan papa tanpa aku sedari.. errr =.=”

“baguslah, sekarang dah pandai pentingkan orang lain dari family sendiri”


Aikk ?? why it so suddenly neh ??
no no no.. I don’t mean to harm..
erkk ?!
mana datang nya ayat ni ??
sapa yang cakap sebenarnya ?
kau alami ke ?

entah lah.. aku just terbayang-bayang ayat tu ja dalam kepala otak aku.. ada lah seorang hamba Allah yang aku anggap hebat tu, text dekat aku macam ni.. menitis kot air mata aku bila hamba Allah tuh text dekat aku macam tuh..

rasa macam nak je balas macam ni :-

“ehh.. hang ni sapa ? hebat sangat ka yang boleh nilai aku macam tuh ? hang betoi2 kenai aku ? tau aku ni macam mana ? tau ka apa aku fikir ? tau semua masalah aku ? aku selalu ngadu kat hang ekk tentang perasaan aku ?!” 

Tapi mimpi jalah nak hantaq macam tuh .. J
Even aku ni jenis yang degil orang nya. Aku tak pernah lagi lah ada ungkapan “buang family” dalam hidup aku. Jauh tak bererti aku tak boleh nak call Tanya khabar. Ye dak ? call ja selalu (even call just sebab nak mintak duit belanja.. huhuhu..) dari diorang yang tak kol langsung tuh.. diorang yang selagi tak raya tak balik tu.. diorang yang selagi tak rasa free, tak teringat tu..
Hemhh.. entah lah, manusia sekarang ni aneh2 perangainya..
then aku balas macam ni :-

“tu lah, bila orang dah jujur, kata orang penipu. Tak pernah langsung ada rasa percaya dekat orang”

Err.. kasar sangat tak aku balas macam tuh ? emm.. maaflah ye.. aku tak bermaksud nak kurang hajar. Tapi just nak tegak kan kebenaran tentang tu. Kita ni kan manusia biasa. Tak kira lah kau tua ka, muda ka, apa ka. Tapi tolonglah respect orang lain. Jangan main sedap mulut ja dok nak kata orang lain “ANAK DERHAKA” .

Kenapa ? kau rasa kau anak yang soleh ka ? dah cukup amal ibadat kau buat untuk bantu arwah ayah kau yang dalam kubur tu ? dah cukup kebajikan yang bagi dekat mak kau yang dah uzur tuh ? selalu ka kau balik jenguk dia ? berapa peratus gaji kau yang kau laburkan untuk keluarga kau dekat kampung ? kau rasa keluarga kau dah cukup bahagia ? soalan paling senang aku nak kau nak kau jawab, dalam sehari.. berapa kali kau rasa rindu dekat mak ayah kau ? kau pernah mengis untuk diorang tiap2 malam ? susah nak jawab ? okay, soalan senang..

kau pernah imam kan keluarga kau ???!

Huhh.. macam manusia lain, aku pun ada rasa marah. Macam biasa, bila aku marah aku akan cuba kawal perkataan aku. Aku tak mau lah terlepas perkataan yang berbaur cacian. Aku pun ada prinsip aku sendiri. Setiap orang ada kelebihan masing2. Kita takda hak untuk nilai orang tu sepatutnya duduk diatas atau dibawah.

Semua orang sama ja. Takada bezanya. Sedang kan ahli sufi pun tak pernah describe orang yang degil tu “anak derhaka”. Nabi pun tak pernah mengaku bahawa dia tu sempurna, hebat dan layak untuk said “HANG NI ANAK DERHAKA!”.  No, dia tak prnah kata umat dia macam tu. Teruk mana pun orang tu, dia menerima. Ini kan kita yang bertambah2 lagi tak sesempurna Nabi tu.

Panjang pulak kan aku dok memalut ni. Maaf lah bagi mereka yang terasa. Aku tak bermaksud nak tujukan untuk sapa2. Tapi aku just nak berkongsi pandangan aku dengan semua orang. Mungkin aku ni tak sehebat KHADIJAH, seberani SUMAYYAH, tak semulia MARYAM. 

Tapi aku adalah aku. 

Seorang hamba Allah yang serba kekurangan. 

Yang sentiasa berusaha kearah kesempurnaan..

entry ni bukan tujuan untuk memburuk kan sesiapa. tapi sekadar untuk berkongsi.. setiap orang kelebihan dan kekurangan nya. kita sebagai hamba biasa jangan lah terlalu cepat sangat nak judge orang membuta tuli.. tanya dulu sampai habis, then baru buat kesimpulan. ni baru tanya saru soalan dah terus buat kesimpulan dan serang.

kalau orang macam ni memang tak boleh jadi pemimpin. habis kacau bilau negara.

thanks for your time :)

2 ulasan:

miza kimbum berkata...

takutnya...mntk dijauhkan :'(

anakmuda berkata...

Tu lah.. Seram !~~