kengkawan

Khamis, 19 Januari 2012

untuk kawan dari kawan

assalamualaikum :) dipagi yang hening ni, aku nak berkongsi cerita pasal kawan..

mesti korang macam pelik kan, kebanyakkan entry2 aku suma cita pasal kawan, dalam life aku tadak orang lain ka selain kawan ? boyfrend ka, family ka, or pasal benda2 lain. kenapa mesti kawan ??? aku sendiri pun tak tau kenapa. tapi major lah yang ada dalam hidup aku selain dari family aku adalah kawan..

entah lah, tapi aku senang nak diajak berkawan. then bila aku ni senang diajak berkawan, korang kena ingat, aku ni lagi lah senang nak dijadikan lawan. :) thanks to yang sudi follow up blog aku, even banyak cerita pasal kawan ja.

okey, kita mula mukadimah kita pada pagi yang hening ni. "saya suka ada banyak kawan!" .. yes..yess.. ofcouse lah aku memang teruja bila jumpa kawan baru. even aku ni nampak ja gaya nya macam pendiam, tapi aku tak lah sombong macam yang korang sangka. bila kita nak berkawan tak susah.. just kena ada konsep memberi dan menerima..


macam yang kawan aku kata tuh. bila ditegur kerana salah bukan bereti menghina, tapi bersama menerima kekurangan diri dengan hati yang terbuka. then berusaha memperbaiki menjadi yang lebih baik dari yang sebelumnya.


24 jam sehari saya mungkin takkan ada untuk anda, tapi saya nak anda tahu yang saya akan ada untuk anda bila2 saja anda perlukan saya. lagi pun tu lah guna nya kawan. mungkin aku takkan ada dalam semua masalah kau, tapi aku akan selalu ada untuk sokong kau dari belakang. samada kau perasan atau tak ja.


aku bercakap bukan berlandas kan kata2 semata2.. tapi aku bercakap kerana aku memerhati dan menilai someone tuh. aku palingpaling lah takut nak kata aku benci someone tuh tahap cipan nak mati.. takut orang lain pun benci aku 2x ganda dari tu. sebab tu wujudnya pepatah "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padah nya"..


bila kawan membenci bukan bererti dia benci anda sangat! tapi dia menunjukkan keprihatinan dia sebagai seorang kawan, tidak mahu anda terleka dibuai angan2 yang tak kesampaian. bila datang nya mereka yang mengutuk bukan bererti menjaja cerita atau sebagainya, tapi mengingatkan diri masing2 tentang keujudan anda disitu :)


tak semua yang kita ingin kan akan datang dengan sempurna nya. semua orang ada kelemahan dan kekurangan nya. belajar memberi dan menerima. jangan asyik inginkan kesempurnaan sehingga kita mengabaikan kesederhanaan. lagi pun dalam berkawan kita tak boleh demand perhatian yang lebih dari sepatutnya.

jangan terlalu ibarat "semut seberang sungai nampak, gajah depan mata tak nampak"... "jangan terlalu kejar apa yang diinginkan sehingga yang dikendong berciciran".. aku menasihati bukan kerana merasakan aku terlalu bagus atau sebagainya. tapi sama muhasabah diri..

p/s#renung2kan dan selamat beramal :)

Tiada ulasan: