Assalamualaikum.. hye guys.. dah lama rasanya tak mencoret
sesuatu kat sini. Maklom lah. Terlalu sibuk menikmati saat indah cuti sem
bersama keluarga tersayang. Cuti kali ni aku tak duduk rumah sangat. Aku ada
jugak lah menjengah ke luar sana tuh. Menikmati hari2 tanpa buku. Err.. maksud
aku, bukan buku hilang terus. Ada , tapi kurang menggunakannya.
First week cuti, aku ikot adik laki aku g tempat dia
meniaga. Awal pagi kitorang keluar. Sebelum start meniaga, dia bawak aku g
jumpa kawan2 lama dia. sepanjang kami berjalan ada ja yang dok tegur kami.
Sampai satu tahap aku tak suka suasana macam tuh. Tapi apa boleh buat, kawan2
adik aku tuh ramah orangnya. Memang diorang tegur lah, tak pernah2 adik aku
bawak pompuan jalan2 ngan dia kat kawasan tuh(aku merasa bertuah seketika).
Bila jam dah menunjukkan pukul 9.30 pg, kitorang pun start
lah meniaga.. jual air ja pun.. sepanjang nak tunggu pukul 4, aku dah separuh
nak mati (kebosanan) menunggu. Dengan perangai orang yang datang singah kat
gerai tuh, dengan cuaca yang buat aku mcm BBQ terlebih kuah (panas + hujan
lebat nak gila) . aku rasa, tahap kesabaran aku dah hampir nak sampai limit dah
(Kalau dalam struktur mekanik , struktur tuh dah xblh pakai dah. Sbbnya tak
mampu menanggung beban yang berlebihan).
Huhh.. hari tuh, mmg banyak pakai kesabaran aku gila2. Dah
la aku neh jenis yang cepat bosan kalau buat something yang tak menarik
perhatian aku. Aku tak suka. For sure korang semua boleh agak kan, esoknya tuh,
aku tak pergi dah ikot adik aku. Asalnya, niat nak isi masa lapang sepanjang
cuti sem. Last sekali, aktiviti yang aku buat sepanjang cuti neh, habiskan
tengok cerita animasi mana yang aku tak habis tengok lagi.
Wahh.. susah jugak ek jadi orang yang bekerja. Hemh, aku dah
takot macam mana lah nak menghadapi LI nanti. Nasib lah kos aku LI nya sem 6
nanti. So aku ada lagi 2 sem nak latih diri tempuh semua cabaran macam tuh.
p/s: BE STRONG GURL! YOU CAN DO IT!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan