Selasa, 27 Disember 2011

hari best aku !

assalamualaikum.. ni update malas2 sebab dah nak pagi butabuta!.

neh gambaq aku ngan sorang kawan aku yang HOT neh(kononnyalah)..

disebabkan aku berada berdekatan dekat rumah dia, so kami pun keluaq lah lepak berdua di WANGSAWALK..(berdatinglahkononnya)..
pusing punya pusing last2 sekali dekat SECRETRECIPE (belagakkayasungguh) jugak lah jadi destinasi untuk kitorang bersantap dengan lahapnya..





masing2 tanak kalah. order bukan main punya makanan. memang bapak lah kan kalo tak habiskan makanan tuh. aku dah nekad awal2 kalo makanan tuh tak sedap, tinggal without any PAID!.. maklomlah aku ni cerewet sikit bap makanmakan ni. hobi lohh.. :)


entah apa nama minuman neh aku pun tatau.. yang aku tau perisa dia capucino.. 



yang ni macam minuman aku jugak.. the different is she loved chocolate.




err...
maklomlah, pantang ada something dekat tangan. memang semua jadi prop untuk aku bergambar.. sukasukasuka sangat2.. hehehe.. nyumnyumnyum!!




neh la makanan yang kitorang order. makaroni blabla... n spegeti blabla.. 
hehehe.. aku taktau pa makanan yang aku makan ni. sekali tengok macam nak sebu perut. tapi kenyataannya makan aku (spageti) tuh habis (licingilagilapingganaku!)..



memang kenahabiskan makanan lah cita dia. dua orang makan ja dah nak dekat 60 henget habis. maaflah kalau aku macam dok komplen sikit. besalah first time makan dekat tempat2 orang kaya nak mati neh.. takot aku nak singgah sini dah..

thenthen after that, aku ngan member aku neh g tengok wayang plak.. tehok cita MISSIONIMPOSSIBLE:GHOSTPROTOCOL ..
memsng tsk rugilah g tengok, sebab cerita tuh best sangatsangat. tak bosan. :) 


huhh.. then aku kena bergegas untuk program yang lain pulak (macambusinesswomenpulakkan!) maklom lah BZ tak terhingga.. hehehe..

almost thank to HER coz makes me happy. and sorry for the wierd question that i've ask u last day :)


ikhlas from me :)
SOLEHATUN HUSNA HUSAININ

Jumaat, 16 Disember 2011

kawan baru


Assalamualaikum.

Entry hari ni pasal kawan baru. So entry kali ni agak sedikit bercorak kenangan dan panjangmacamkarangan.

Macam korang, hari2 aku dapat kawan baru. Even aku tak kenal, and just chat lam FB ja or else. Kitorang macam dah lama kenal. Even aku baru first time lepak ngan diorang, kitorang dah boleh sembang and gelak2 bagai nak mati. Hahaha... seronok gila hari2 aku. Dikelilingi sahabat dan teman2 yang gempak2.

Walaupun aku ni bukan jenis yang gempak mana, tapi aku rasa happy bila jadi sebahagian dari diorang yang gempak. Kadang2 ma ngan pa marah jugak, sebab orang yang aku jumpa dalam train pun dah boleh jadi member aku. Tuh memang baru first time jumpa, dah boleh aku lepak sekali. Memang lah bahaya, tapi entah lah. Aku suka.


“We’re anything but ordinary. We’re something more than momentary.”

Selagi aku panggil dia kawan, so xkan pernah ada lawan dalam kamus hidup aku.


“berkawan biar beribu, bercinta biar satu”

Berkawan ni tak kira orang tau, just kita kena tau macam mna nak behave our self ja. If kita kawan ngan penyangak, jangan kita ikot jadi macam dia. jadi penyangak jugak. Kita kongsi ilmu dia sudah lah, kongsi pengalaman dia. sebab kebanyakkan kawan2 aku jenis yang buat jahat tak ajak member.


Kitorang pegang konsep ni:

 “Kau jahat, kau je yang tahu.”

Lagi pun majornya jenis yang tak ambik tau hal orang, macam hidup dalam dunia sendiri ja kan. Tapi memang macam tuh cara aku berkawan.


“selagi aku tak cari pasal ngan kau, kau jangan ada hati nak gaduh ngan aku. Aku tak suka!”


“You can call me unCOOL but its a simple fact, i can’t be others”


Lain orang lain cara kan ? so aku tak ambik port sangat. Aku ni jenis yang memilih jugak berkawan. Bukan nya pilih yang hensom n gourgeos ja. Maksud aku, aku jenis yang kawan dengan orang yang boleh masuk ngan cara aku bila first time kitorang borak. Paham kan maksud aku ? kalo xpaham baca banyak2 kali. Then paham sendiri. huhh. 

“We write the same song but different key. Its got a rhythm, then you and me can get along”


Even kau dah berkeluarga pun, kau still tak boleh buang semua kawan2 kau. Kenapa ? sebab selain keluarga, kawan lah orang kedua yang kita cari if kita ada masalah. Kawan neh ada macam2 jenis sebenarnya. Ada yang wujud bila happy, but hilang bila susah. Ada kawan jenis yang terlalu mengongkong. Ada jugak yang jenis kawan ngan kita sebab ramai orang kenal kita,orang kata pa cari publisiti murahan. Tapi dalam banyak2 kawan yang kita ada, sikit ja kawan yang akan ada untuk kita tak kira susah or senang. So pandai2 lah pilih kawan.


“Bagi aku kawan tuh sampai mati.”

Walaupun dah bertahun tak jumpa, dah lama takberkongsi cerita. Kenangan dulu2 aku tak pernah lupa. Huhu, kenangan tuh pekara yang buat aku tersenyum bila aku sedih. Wahh, sejak akhir2 ni rajin pulak teringat cerita zaman sekolah dulu. Kalo dapat putar waktu, aku nak cipta kenangan yang best2 ja. Tapi apakan daya, aku mampu teringat ja. Tak mampu nak ulang :(

Rabu, 14 Disember 2011

panjangmacamkarangan!


Assalamualaikum.. hye all. Entry ni “panjangmacamkarangan”. Macam semua orang, aku pun da beberapa pekara yang aku tak suka. Maklom lah, manusia takkan pernah yang sempurna. Haa, meh aku nak kongsi yang korang.

1.       Aku tak suka kalo orang asyik kol aku, rimas. Dah tuh kol pulak just nak cakap “hye, ko wat pe ? dah makan ? ko okey ta? Da mana? Saja lah aku kol, risau kat ko” .. oh no! Itu bukan risau, tuh dah boleh kata menyangkak dah tuh. Sory lah kalau da orang yang terasa, tapi itu kenyataan. Even boy aku pun tak kol aku selalu macam kau buat. TAK SUKA!!

2.       Aku tak suka orang terlalu ambik tahu hal aku. Sampai mana aku nak pergi ape aku nak buat semuanya dia kena tahu.  “weh, ko buat hape ? ka tak kol pakwe ko ke ? ko tak teringin nak dating ke ? ko memang ramah macam ni ek ? kenape ko kaple ngan dia ek? Bila ko nak putus ngan pakwe ko” err.. tuh soalan yang paling macam gampang. Terlalu ambik tahu, then bila dah tahu. lepas tuh mulalah “kakjoyahsport” tuh beredar menjaja cerita or else.

3.       Haa.. ni lagi satu, bila da orang kol. then aku cakap aku kat luar. Dia mesti akan tanya, “ko nak g mana? Buat ape kat situ ? kenapa tak bagi tau kau nak keluar?” lepas tuh mula lah nak taching2 said aku lupa dia lah, ape lah. Sebab aku keluar tak cerita. Hello, ko sape ? pakwe aku? Mak bapak aku? Orang rumah aku? Tak kan, so back off. I hate it. Terlalu mengongkong, aku memang tak suka orang yang jenis macam tuh. Even pakwe aku pun tak paksa aku untuk bagitau dia mana aku nak pergi. Mama ngan papa pun just said ‘nak g mana2 bagi tau, tapi kami xpaksa sebab kami tau hang jenis yang macam mana’.. diorang takda pun mention “bagitau la nak p mana, ngan sapa, naik apa, bila, berapa lama kat aku, tuh pun selagi hang rasa aku ni penting” .. wah2.. lawan tokey kan ? even aku membesar jauh dari mata mama ngan papa, diorang still boleh pecaya kat aku. Kau yang aku boleh jumpa bila kau nak, tak boleh pulak nak ada rasa pecaya kat aku.  Sakai.

4.       Then yang terakhir, aku paling tak suka kalau da orang yang asyik nak said “taksuka” ngan sapa yang aku nak berkawan. Heii, aku berkawan tak kira orang tau. Even dia penyangak sekali pun, kalo aku kata aku kawan ngan dia so takda orang layak nak said “putus kawan ngan dia” kau fikir kau bagus sangat lah yang nak control ngan sapa aku berkawan?! Mama ngan papa pun tak kesah tau ngan sapa aku berkawan, bergaul. Diorang just ingatkan aku “jaga diri dan selalu ingat kitorang”. Tuh ja yang parent aku salu pesan. Nih tak, kalo da member aku tuh tak pakai tudung, mula lah nak said “jangan kawan ngan dia, dia tuh teruk. Tak sopan sebab tak pakai tudung”. Huhh.. jerk punya pemikiran.

5.       Last but not least, aku tak suka orang paksa aku cakap “ya” ! tuh memang paling aku tak suka. If aku said aku tak sudi, so shut up your mouth! Jangan paksa aku sampai aku kata “ya” sebab bila aku dah menyampah, and aku said “ya”. Just get ready, u’ll die!. So kalau jadi hapa2 jangan salahkan aku. Kau yang paksa aku.

Well, macam orang lain jugak, aku tak suka dikongkong. Dah rasa macam pakai rantai leher macam pet tau dak ? hemh, aku pun tak suka bila da someone yang terlalu ikut aku, tak bebas. Memang lah nak caring kan, tapi kena ikut jugak. Kalau kau buat sampai someone tuh rasa tak selesa pun tak boleh jugak. Jangan nak setiap masa nak orang terima cara kita ja. Kadang2 kita pun kena hormat jugak privecy orang lain. Jangan asyik nak tunjuk kau punya caring sampai kau tak sedar orang tuh dah simpan dendam sebab kau asyik kacau hidup dia ja.

Moral story nya is : BE WARE!

yang cantik tak perlu menyerlah!


“tak semua yang pakai tudung tuh baik, tapi yang pakai tudung tuh baik”

Assalamualaikum.. hai korang, pening tak baca penyataan tuh ? aku rasa dah ramai kot yang biasa dengar penyataan tuh, macam aku selalu dengar.. Actually semuanya macam ni, ada sorang sahabat aku yang baik tegur aku. Macam ni:

“una, belajar la pakai tudung terus. Sampai bila nak asyikk macam chipsmore ja”..
“memanglah, ngah belajar la ni. Slow2 okey”
“sampai bila nak slow2 nya hai, umur kau dah nak masuk 20 dah”
“ye..ye.. tau.. kami ngah cuba lah ni. nak confident kan diri lu. Dok usha ramai ja yang pakai tudung tapi sial”
“haish.. susah borak ngan kau ni. da ja alasan”
“Bukan alasan, tapi kenyataan. Major yang bertudung just only for the fashion! Is it right? Memang bersepah kat luar tuh”
“memang major yang macam tuh. But tengok lah yang minornya. Takkan kau nak samakan diri kau dengan yang major?!  Kau ni!! hemh,  stail dah best, just the scaft the one who is missing”
“yahh.. i know it”
“dont just only saying “know” but the truth is, u “dont”! Nak tahu ? tak semua yang pakai tudung tuh baik, tapi yang pakai tudung tuh baik”
“i get it. Yang cantik tak perlu menyerlah”
“haa, pandai pun. Then think it ur self. Dont just only “trying”, but “doing”.”
“cek tau lah. Makaseh J .”

Bukan sekali sahabat aku tuh menegur, banyak kali. Cuma aku yang lembap sikit nak buat. Orang selalu cakap “yang baik dicepat2kan”. Tapi aku melembapkan pulak. Maaf yepp.. The truth is, memang bukan semua yang cantik tuh indah. Tapi yang indah dari yang cantik. Hehehe.. setuju kan?

p/s : Baiklah sahabat, aku sedang mengusahakan lah ni. doakan yang terbaik yepp. Apa2 pun, that is the nice conversation between us. Even just sembang dalam handphone tak sampai 5 minit, tapi tuh perbualan yang menarik. 

Isnin, 12 Disember 2011

pointer

assalamualaikum.. 
hye hye..
entry berterabur malam neh..
semua orang dok kalot update status dekat FB cita pasai result depa yang gempak2..
alahai jelesnya aku.. result aku tak segempak depa pon. cemei ja. malu kot nak cita, ramai ja yang mai tanya

"wei, brapa result?"
"amacam oke tak?"
"weh gempak mna payung ang?"

oke2.. aku nak bagi tau lah neh..
result aku tak gempak mcm hampa wehh.. besa2 ja..
tp bg aku tuh kira gempak gak lah..
atas alasan :

"..2 minggu tak g kelas, sebulan seminggu kaki kena simen memerlukan khidmat tongkat kehulu kehilir, kehadiran yang mcm chipsmore sbb kesihatan yang merudum, banyak quiz n test yang tertinggal, n so on.."

pape pun aku bersyukur dapat result yang bermakna mcm tuh.. 
tp da 1 subjek yang wat keputusan tuh jd x cantik..
it is HIGHWAY ENGINEERING, cause i've got C+..
sangat mengecewakan..

papepun.. tahniah buat kawan2 aku yang AKJ.. :)

Ahad, 11 Disember 2011

olla :)


Assalamualaikum.. hye guys.. dah lama rasanya tak mencoret sesuatu kat sini. Maklom lah. Terlalu sibuk menikmati saat indah cuti sem bersama keluarga tersayang. Cuti kali ni aku tak duduk rumah sangat. Aku ada jugak lah menjengah ke luar sana tuh. Menikmati hari2 tanpa buku. Err.. maksud aku, bukan buku hilang terus. Ada , tapi kurang menggunakannya.

 First week cuti, aku ikot adik laki aku g tempat dia meniaga. Awal pagi kitorang keluar. Sebelum start meniaga, dia bawak aku g jumpa kawan2 lama dia. sepanjang kami berjalan ada ja yang dok tegur kami. Sampai satu tahap aku tak suka suasana macam tuh. Tapi apa boleh buat, kawan2 adik aku tuh ramah orangnya. Memang diorang tegur lah, tak pernah2 adik aku bawak pompuan jalan2 ngan dia kat kawasan tuh(aku merasa bertuah seketika).

 Bila jam dah menunjukkan pukul 9.30 pg, kitorang pun start lah meniaga.. jual air ja pun.. sepanjang nak tunggu pukul 4, aku dah separuh nak mati (kebosanan) menunggu. Dengan perangai orang yang datang singah kat gerai tuh, dengan cuaca yang buat aku mcm BBQ terlebih kuah (panas + hujan lebat nak gila) . aku rasa, tahap kesabaran aku dah hampir nak sampai limit dah (Kalau dalam struktur mekanik , struktur tuh dah xblh pakai dah. Sbbnya tak mampu menanggung beban yang berlebihan).

 Huhh.. hari tuh, mmg banyak pakai kesabaran aku gila2. Dah la aku neh jenis yang cepat bosan kalau buat something yang tak menarik perhatian aku. Aku tak suka. For sure korang semua boleh agak kan, esoknya tuh, aku tak pergi dah ikot adik aku. Asalnya, niat nak isi masa lapang sepanjang cuti sem. Last sekali, aktiviti yang aku buat sepanjang cuti neh, habiskan tengok cerita animasi mana yang aku tak habis tengok lagi. 

 Wahh.. susah jugak ek jadi orang yang bekerja. Hemh, aku dah takot macam mana lah nak menghadapi LI nanti. Nasib lah kos aku LI nya sem 6 nanti. So aku ada lagi 2 sem nak latih diri tempuh semua cabaran macam tuh.

p/s: BE STRONG GURL! YOU CAN DO IT!