kengkawan

Rabu, 26 Oktober 2011

terima kasih "nurse" !

assalamualaikum , hye readers.. ape khabar semua.. hari ni aku nak rewind apa yang dah jadi dekat aku time september lepas.. first sekali aku nak mintak maaf sebab aku tak cerita dekat semua orang sal nih.. almaklom lah, aku masih lagi trauma dan rasa malu nak share ngan semua orang.. 

so, aku tak kesah kalau korang nak marah aku sal ni. tapi nak buat macam mana. aku tak mampu nak text semua orang bagi tau aku excident. tak terluah. tapi tuh dulu. sekarang aku dah beransur oke dah. makin pulih. aku pun dah mula biasakan diri aku berjalan menopang tongkat. walau pun agak malu , tapi seronok. sebab tak semua orang dapat pengalaman istimewa macam aku.

 
pengalaman jalan2 dekat taman pakai tongkat, jadi tumpuan ramai tak semua orang rasa. sape je yang lalu sebelah mesti berenti tanya perkembangan kesihatan aku. bukan aku suka jadi perhatian or cari publisiti murahan. itu sebenarnya kekurangan aku. tapi kelebihannya , aku jadi lagi berani tampil depan orang tanpa hiraukan pandangan orang. kira macam bina keyakinan la.. even tak dalam bidang yang sepatutnya.

terima kasih jugak dekat diorang ni sebab jaga aku, nak ke toilet dipapah. nak mandi dimandikan. bosan diteman, lapar dibagi makan. sakit dirawat. best kan. tu lah kawan , susah senang sama2 rasa. sekarang simen dekat kaki kiri aku dah bukak. just tinggal nak belajar jalan tanpa tongkat . 3 minggu kaki kena simen , so ambik masa sikit aku nak berjalan macam biasa. 


even rasa kekok nak berpijak. tapi aku kena cuba jugak. sampai bila aku nak menopang tongkat. banyak tempat lagi yang perlu aku jelajah. banyak hal lagi yang aku perlu buat dan semua tu memerlukan pergerakkan yang agak pantas. bila bertongkat ni , pergerakkan aku terbatas. nak berjalan , tempat yang rata saja. tempat yang tak ramai orang. cepat letih lah. and so on.. 

well , aku tak sabar sangat nak boleh berjalan macam dulu . jumaat ni ada fisioterapi.. cant't wait for that. korang doakan aku yep.. :)

1 ulasan:

AthirahBahrum berkata...

There are no mistakes, no coincidences all events are blessings given to us to learn a journey of a thousand miles started with only one step. Sending good thoughts your way to brighten up your day! get well soon :)