kengkawan

Isnin, 13 Jun 2011

pesanan dari mama :)

assalamualaikum readers. hehehe, sejak 2,3 hari neh. aku tengok ramai yang dok post sal yang orang komplen2 blog orang lain neh. emm, actually mama pun dok bace jugak hape yang korang post tuh. maklom lah, hape yang aku buat dalam internet (maksod aku blog neh), suma aku akan kongsi ngan mama. mama pun ade jugak komen 2,3 blog yang aku bukak tuh (yang cerita pasal blogger lama n baru). mama cakap, "lain orang lain pendapat kaklong oii. pas tuh, kalau nak tegur or tak puas hati cakap elok2. jangan pakai bahasa yang kesat. ingat, kasaq macam mana pun kita. mesti ada lembutnya." so, aku no komen lah pasal hape2 yang korang tak puas hati sangat tuh. sebab bagi aku, blog neh tempat kita nak berkongsi ilmu or sometimes tuh tempat kita nak kongsi perasaan. ye dakk???

haa.. tengah2 dok tengok2 laman korg tuh, mama plak tetiba dok mai mood nak ceramah. haa.. ceramah pasai apa?? pasai ciri2 calon suami untuk aku.. hehehehe.. meh la baca sekali, aku harap ada lah dua tiga yang hampa boleh nak pakai.

and the conversation begins like this :

"kaklong, hang dengaq neh mama nak cakap, hang tuh nanti kalo nak bercintan cintun tuh tak salah, tapi jaga adap nya. ingat.. haa, lagi satu...
  • kalo nak nak cari laki, cari yang tak panas baran. hang kan tak suka orang dok marah2 hang. pempuan mana pun tak suka kena marah.
  • lepas tuh, cari yang boleh jaga hang. bukan yang suka dok menyusah kan hang.
  • cari laki yang boleh nak bertolak ansur. bukan yang asyik dok ikot kepala dia ja. dah kata tak mau, dok paksa2. tak mau yang tuh.
  • zaman la neh, susah nak hidup kalo dengan kasih sayang ja. carilah laki yang ada masa depan. jangan pulak cari yang dok nak bagi hang makan pasir ja.
  • cari laki yang taat ngan mak pak dia. jangan dok pi angkot yang korang ajaq pulak mai jadi menantu mama.
  • yang paling penting, cari laki yang boleh bimbing hang jadi isteri solehah. bukan yang dok pelingkup hang jadi hawaq pulak.
tuh ja lah yang boleh mama nak habaq. ingat, tak semua orang sempurna, tapi kita boleh berusaha kearah kesempurnaan"

huhh.. bila dengaq macam tuh. aku pulak yang terkial2. lepas tuh, mama mula lah soal siasat aku. haa, sape boy aku?? huiissshhh.. nasib cekk tak bercinta sekarang nehh.. tidak kompom kena brain wash. hahaha.. baik mama, kaklong ingat pesan mama.



kompom mak korang pun nak macam neh kan? suma mak inginkan yang terbaik untuk anak2 dia. to guys yang kat luaq sana, be nice kompom mak awek2 korang bertambah2 suka amek korang jadi menantu diorang. :))

ikhlas dari hati:
solehatun husna husainin

2 ulasan:

De'din berkata...

assalamualaikum
terima kasih mama atas nasihat,,
hehe

x puas hati tara mana sekalipon jgn lah sampai berdendam,,
setiap owg berbeza cara pemikiran,
so kalo nak tegur tu gunakanlah cara yg berbeza

anakmuda berkata...

yup2.. betul tuh.
tak kesah lah kalo nak kata blog sendiri, sendiri punya pasal pun.
sebab mama kata, orang islam lembut bicaranya :)