kengkawan

Jumaat, 18 Februari 2011

BENARKAH CINTA ITU BENAR???

Tika fajar yang sedang mengorak langkah keluar menjamah bumi, mata ini masih belum dapat dilelapkan. Otak masih berfungsi dengan warasnya, sambil jari-jemari ini masih ligat menekat papan kekunci melahirkan cetusan fikiran yang masih beterbangan dalam kotak minda. Sedang telinga pula dijamu dengan lagu-lagu yang berentak sederhana bagi tidak mengacaukan suasana pagi yang sunyi.. sepasang mata pula sibuk menatap skrin computer riba yang sememangnya terang benderang cahayanya. Sememangnya otak ini tidak akan pernah kenal erti penat untuk berfikir. Aku harap apa yang aku fikirkan ini tidak salah dan bercanggah.

Aku sememangnya punyai perasaan yang tebal untuk mengetahui apakah cinta itu sememangnya benar.? Jika dilihat disekelilingku, aku hanya melihat berjuta-juta manusia sedang menipu hanya untuk mendapatkan cinta yang sememangnya lahir pada sebelah pihak sahaja. Aku juga melihat manusia sanggup berbunuh-bunuhan hanya untuk mengejar cinta yang tak pasti. Ada juga diantara mereka sanggup mengorbankan apa sahaja demi cinta. Mintalah apapun, hanya kerana cinta segalanya pasti digadaikan. Terdapat juga manusia yang menggunakan ungkapan cinta hanya untuk memuaskan nafsu semata-mata. Adakah adil cinta diperlakukan sedemikian rupa?? Apakah cinta itu memang bermaksud begitu?? Begitu rendah martabat cinta hari ini.

Aku makin hari makin tak berapa mengerti dengan sikap manusia yang sememangnya tamak dan rakus melayan nafsu. Bagi mereka cinta ini boleh dijual beli, tanpa mengira perasaan pemiliknya. Cinta juga adalah satu alat untuk menindas mereka yang lemah. Cinta juga boleh ditukar ganti. Ia juga boleh dilelong kepada siapa yang menginginkannya. Cinta juga seringkali dijadikan bahan taruhan yang hebat. Cinta kini telah menjadi sesuatu yang berkuasa hingga ada manusia yang sanggup bermati-matian deminya. Ada pula yang sanggup menjadi bodoh semata-mata untuk memperliahtkan pada dunia bahawa mereka memperoleh cinta yang sejati, dan tiada apapun yang boleh memisahkan mereka. Bolehkah begitu? Aku kadang-kadang terasa geli hati juga apabila memikirkan tentang cinta.

Pasti ada diantara mereka diluar sana akan mengata padaku. Aku juga bercinta seperti mana mereka yang lain. Aku juga punya rasa kasih dan sayangku buat seorang anak adam. Sememangnya itu fitrah seorang manusia. Adam dan hawa adalah untuk satu sama lain.

Aku setuju dengan penyataan yang aku coretkan sebentar tadi. Adam dan hawa adalah untuk satu sama lain. Tidak Dia jadikan manusia itu songsang kejadiannya. Tidak Dia jadikan makhlukNya adalah untuk sesuatu yang sia-sia. Begitu jugalah rasa cinta yang telah Dia lahirkan dalam hati kecil hamba-hambaNya. Bukan untuk digadai, dipertaruhkan, dikejar, didendam, diagungkan, dihina, dicaci mahupun maki, ataupun di jadikan sebai senjata yang menghacurkan diri. Tapi cinta dilahirkan untuk dihargai, dijaga, disyukuri, dan diingati. Cinta sememangnya adalah satu kurniaan yang besar dan bermakna. Kerna, tanpa cinta kita tak mengenal siapa jua tak mengira usia. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Oleh itu, wajarkah cinta dipermainkan? Diperjudikan?

Otak masih lagi ligat mencari buah fikiran dan cetusan idea yang berkait rapat dengan cinta. tiba-tiba, azan menjadi alunan halwa telingaku, ternyata Dia tidak mahu hambanya ini terlalu membebankan otak untuk memikirkan segalanya yang mungkin terjadi. Subuh sudah membuka tirai pagi. Fajar sidiq sudah mula mengatur langkah kaki langit yang masih gelap. Benarkah cinta itu benar atau hanya mainan untuk saat mata masih belum dipejamkan?..

6 ulasan:

xsuzikornx berkata...

cinta ialah satu benda yang suci..
cinta x pernah buta..yang buta hanyalah orang yang bercinta n dicintai...dewasa ini cinta seringkali disalahertikan oleh remaja2 yang terlalu ghairah mengikut peredaran zaman..cinta ditafsirkan sebagai seks,sebagai penghinaan kepada kaum hawa,sebagai pemuas nafsu..sebagai pertaruhan yang bodoh...sebagai macam2 lagi yang terjadi masa kini..oleh itu cinta yang suci datang dari hati yang ikhlas oleh kedua2 belah pihak...

anakmuda berkata...

memang lah.. cinta diorg neyh suci (agak lah, dari apa yg mata kasar neyh nampak). mummy dia tak suka dak laki tuh.. sebab family dak laki tuh ssh.. dulu, time diorg bercinta, mummy dia tak pernah amek peduli sal hidup dia. bila dia dah kawen.. mummy dia mula gelabah, coz dia tolak pilihan mummy dia. mummy dia cari just berduet saja..

xsuzikornx berkata...

2 lah dunia sekarang..
yang susah dipinggirkan...dihina..dipandang lekeh..dipandang serong..pabila terkena kat batang hidong niry..hanya diri sendiri ja yang tahu

anakmuda berkata...

emm.. tuh la pasal.. then skunk gurl tuh dipulaukan mummy dia.. and mummy dia skunk neyh dok mcm nak hancurkan rmh tnagga diorg.. so sad fot that poor girl..

xsuzikornx berkata...

PENINDASAN TELAH BERLAKU

anakmuda berkata...

hemhh.. anak sendiri un layan cam taik...