kengkawan

Selasa, 12 Oktober 2010

nice to remember =))



sememangnya kenangan itu indah dan takkan mungkin dapat dilupakan begitu sahaja.. walaupun kita telah ditakdirkan untuk hilang ingatan pada usia muda sebegini, cebisan kenangan pastikan mungkin ada walaupun hanya seperti setitik embun pagi yang gugur dihembus angin pagi. semua ini mungkin berlaku hanya untuk beberapa saat sahaja, tapi ia cukup bermakna untuk sepanjang hayat ini..
inilah kenangan dimana aku mula belajar mengenal erti sahabat, teman, kawan dan member.. mungkin semuanya kedengaran serupa.. tapi ia membawa seribu maksud yang berbeza. aku kagum melihat bagaimana mereka menunjukkan pada
ku, bahawa bertuahnya hidup ini pabila kita ada seseorang untuk berkongsi makanan, cerita, sedih jua gembira, gelak tawa riang, tangisan yang ada sendu sendanya..
setia psaat bagaikan begitu berharga.. walaupun hanya pada waktu itu, kita hanya bersua dan melemparkan senyum bersahaja, itu sudah cukup membuat kan hati berbunga indah..



bertuahnya aku kerana dapat menikmati hidup disekeliling mereka yang menyayangi ku.. bertuahnya aku kerana mampu mengenal erti syg yg teramat, tidak kira pada sahabat ataupun pada kala pacaran.
setiap manusia yg aku jumpa lain ragam dan rupanya. lain tata dan caranya. tapi kesimpulan yg aku mampu simpulkan, mereka semuanya adalah terbaik. meskipun dunia menerima dengan cara yg berbeza. tp hakikatnya mereka menampilkan sesuatu yg serupa buat semua. sesuatu untuk diingati dan sentiasa di hati.


setiap saat dan detik yg berlalu tak pernah aku lupakan lagi.. meskipun hanya cebisan yg tinggal dalam kenangan ku.. aku akan sentiasa mengulanginya.. aku rindu pada kala zaman persekolahan aku dahulu.. setiap hari yg aku lalui pasti ada tawa sedihnya. aku gembira dan tenang sekali. aku suka dan berharap semuanya bakal berulang lagi. aku selalu menantikan saat itu berulang. meskipun mustahil tapi aku masih berharap.
hemh..
mungkin kedengarannya melampau. hakikatnya, syg aku, cinta ku tak pernah hilang..
=))
kedengaran seperti gila pun ada.. sudah lah.. yg lepas tu lepas.. perjalanan aku masih panjang untuk menuju ke destinasi impian aku..

Tiada ulasan: