kengkawan

Selasa, 26 Oktober 2010

aku bukanlah boneka yang hidup semata-mata untuk menggadaikan tubuhku. bukan sebagai santapan buaya yang ganas nan rakus lagi kejam. aku hanyalah seorang hamba yang mencari ketenangan, yang inginkan ruang kebebasan untuk memiliki aku (diriku sendiri). aku juga inginkan kebebasan untukku tersenyum. bangunkanlah aku dari dunia nan gelap. jagakan aku dari mimpi dunia ngeri ini. aku mahukan seseorang yang boleh aku jadikan teman untukku berkawan, seorang kasih untuk berdamping, seseorang yang sudi memahami , mengenali, mengubah, dan membawa aku keluar dari sarang kegelapan kembali ke alam fana yang nyata. bimbinglah aku kembali dalam meniti jalan yang lurus. dalam menghabiskan sisa hidupku yang berbaki. seperti yang sering mereka perkatakan hidup ni penuh dengan kejutan dan aku percayakannya.. meskipun kejutan itu pada saat sebelum aku lelapkan mata buat selamanya.. aku akn sentiasa menanti dan mengharapkan kejutan itu mungkin berlaku.. kerana itulah harapanku yang terakhir.

1 ulasan:

anakmuda berkata...

boleyh tahan gak ayat cm neyh..