kengkawan

Jumaat, 28 Mei 2010

sesuatu yang berkongsi

semua orang suka hak mereka tidak dikongsi.
begitu juga aku.
aku juga memang tidak suka berkongsi, mungkin sebab bila berkongsi mesti rasanya juga harus kurang..
bunyinya macam tidak enak untuk didengari.. tapi itulah kenyataan..

kalau tidak mahu berkongsi, jadi belajarlah untuk melepaskan.. biarpun itu adalah suatu yang menyeksakan..


aku belajar untuk melapaskan semua yang aku sayang dari aku masih kanak-kanak.. mugkin itu sudah sememangnya takdir aku..
kadang-kadang pedih untuk aku terima semua kenyataan itu.. tapi itulah realitinya..

tidak perlu untuk melihat terlalu jauh.. yang berdekatan juga boleh.. kebanyakkan isteri tidak suka dimadukan.. atau lebih sedap untuk dikatakan '
berpoligami'. mungkin itu adalah sesuatu yang diharuska dalam agama.. tapi tidak bagi sesetengah isteri. bagi mereka, bila dimadukan oleh suami. jadi kasih sayang dari suami juga akan diperoleh setengah sahaja dari yang sepatutnya..

entahla.. itu bagi pasangan yang sudah berkahwin. tapi bagi yang tidak berkahwin pula?? atau lebih tepat bagi mereka yang masih lagi 'berpacaran'
?..
adakah itu juga digelar berpoligami?? belum berkahwin sudah ada spare part sampai 5 6..

bayangkan lah jika sudah berkahwin..
na'uzubillah..


hemh..
aneh ya bagi aku untuk memikirkan nya..

Tiada ulasan: