kengkawan

Jumaat, 28 Mei 2010

rindu teman lalu..


kehidupan di asrama dahulu banyak mengajar aku tentang erti berjauhan..
dari darjah 3 sampai aku tingkatan 5 aku ditempatkan di asrama.. kadang2 aku pun tidak berapa mengerti tentang kehidupan sebenarku di asrama..

sememangnya kenangan di asrama mmg tidak akan dilupakan.. aku sememangnya rindu untuk kembali kesaat itu.. tapi apakan daya umur, masa, keadaan merubah segalanya..

tapi, aku bersyukur kerana dipertemukan dengan mereka yang begitu mengambil berat tentang aku.. walaupun aku diberi masa yang singkat.. tapi ia sudah cukup mengembirakan aku..

aku berharap, kenangan sebegini akan berulang lagi..

mungkin suasananya sedikit berbeza, tetapi itulah kenangan yang bermakna..



aku memang benar-benar gembira bersama sahabat handal.. meskipun kami bukan lah dari jurusan dan kelas yang sama.. tapi kami punya komuniti yang bahagia..


"memang benar kita tidak akan tahu apa yang kita punyai sehinggalah ia hilang dan juga benar bahawa kita tidak akan tahu sehinggalah 'ia' datang.."







" kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda duduk didalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat pernah dialami.."

Tiada ulasan: